Motosikal

SHOEI DAPAT 5 BINTANG DALAM UJIAN KESELAMATAN HELMET

SHARP atau Safety Helmet Assessment and Rating Programme yang berpusat di Britain merupakan antara firma ujian helmet yang dihormati di dunia. Kebanyakan pengeluar utama menghantar sampel produk mereka untuk diuji dan diberi penarafan oleh badan bebas ini untuk dinilai.

Marc-Marquez-Shoei-mekanika (1)

SHOEI X-Spirit generasi ketiga atau dikenali dengan Shoei X-Spirit III merupakan topi keledar terkini yang mendapat penarafan tertinggi dengan skor 5 bintang. Ia adalah satu pencapaian yang sangat baik memandangkan ia merupakan barisan model kelas pertengahan dari pembuat helmet dari Jepun ini.

Helmet ini mendapat kutipan mata tertinggi dari semua ujian tekanan yang dibuat. Dalam ujian yang dijalankan oleh SHARP, setiap unit topi keledar ini akan dijatuhkan dari pelbagai sudut dengan tekanan berbeza. Dari jarak 8.5 meter sesaat, 7.5 meter sesaat dan 6meter sesaat.

Shoei X-spirit III (3)

Ia juga dilakukan disetiap sudut yang ditandakan dengan warna yang berbeza. Sebagai simulasi dari keadaan sebenar, sensor cecair dipasangkan di dalam helmet untuk melihat kesan sebenar kecederaan kepala dan otak manusia jika berlaku kemalangan.

Marc-Marquez-Shoei-mekanika (2)

Shoei X-Spirit merupakan helmet pilihan Marc Marquez. Beliau baru sahaja menyambung kontrak bersama Shoei sehingga musim perlumbaan 2018.

Di bawah ini adalah antara senarai helmet yang mendapat penarafan keselamatan lima bintang. Cuba lihat samada helmet ada dalam senarai tak? Helmet Shoei J-Cruise Zul Fahmi yang terkenal tu macamana? Kalau tiada, boleh periksa di pautan SHARK ini.

  • AGV:Corsa, GP Tech, Pista GP, S-4, Stealth, T2, Veloce GT
  • Arai:GP5X
  • Bell:M1, M3R, M4R, M4R Carbon, M5X, M5X Carbon, M6
  • BMW:System 5
  • Buell:Turbulent
  • Caberg:Duke*, Tourmax*, Konda*, Trip*, V2 407, V2R, V2RR, Vox
  • Duchinni:D832
  • HJC:HQ1, IS-17
  • Lazer:Bora, Lazer LZ6
  • Marushin:777 Samura, 777 Tiger, RS1 Carbon, RS2 Carbon
  • MT:Matrix, Revenge
  • Nitro:Aikido, Evo Carbon FF, N1700VF
  • Shark:Evoline 3*, Race R, Race R Pro, Race R Pro Carbon, RSR2, RSR2 Carbon, RSX
  • Shoei:Qwest, X-Spirit III, X-Spirit II, XR-1100, Vandal
  • X-Lite:X603, X702
Google ads
Back to top button