PELAKON ‘FAST & FURIOUS’ BAKAL ARAH FILEM ‘INITIAL D’
Pelakon Fast & Furios, Sung Kang, dikhabarkan bakal mengarahkan filem baharu, berdasarkan animasi terkenal, Initial D.
Pelakon Korea-Amerika terkenal dengan wataknya sebagai Han dalam filem ketiga francais Fast & Furious, Tokyo Drift berkata, animasi berkenaan memberi impak besar kepada kehidupannya sebagai peminat kereta.
“Ia adalah berkenaan kereta atau drifting dan perkara-perkara yang hampir sama seperti Rocky atau Karate Kid. Ia menzahirkan cinta saya pada kereta,” kata Sung Kang.
Initial D mengisahkan seorang budak lelaki berumur 18-tahun bernama Fujiwara Takumi dilatih oleh ayahnya setiap pagi untuk menghantar tauhu ke sebuah hotel menggunakan sebuah kereta lama Toyota Sprinter Trueno AE86.
Kemudian, ayahnya mengarahnya untuk berlumba di Bukit Akina untuk membantu pasukan lumba tempatan. Bertitik tolak dari situ, ia mencetus minat yang serius hingga menyertai ‘Project D’.
Untuk rekod, Intial D pertama kali dihasilkan dalam versi filem adalah pada 2005, di mana penyanyi pop asal Taiwan, Jay Chou memegang watak sebagai Fujiwara Takumi.
Initial D akan menjadi projek ketiga Sung Kang sebagai pengarah, berikutan penampilan sulungnya dengan filem seram komedi pada 2022 iaitu Shaky Shivers selain, bakal mengeluarkan sebuah dokumentari.
- BACA: FILEM KEJAR MENGEJAR KERETA TERBAIK DI DUNIA – IA BUKANNYA FAST AND FURIOUS
- BACA: SAKSIKAN AKSI TOM CRUISE LAKUKAN DRIFT DENGAN SEBELAH TANGAN DALAM FILEM TERBARU – CAYALAH PAKCIK
- BACA: TRAILER RASMI GRAN TURISMO DILANCARKAN – ADALAH IA AKAN MENJADI FILEM EPIK ABAD INI?
- BACA: KENAPA FILEM FAST&FURIOUS TIDAK LAGI BERLATARBELAKANGKAN PERLUMBAAN? KENAPA PERLU KE ANGKASA LEPAS?