Artikel Pilihan

INILAH TETIKUS KOMPUTER PALING COOL DI DUNIA – RX-7 FC DAN FD DARI INITIAL D

Kalau tetikus komputer anda sudah mula meragam dan asyik tersangkut-sangkut itu mungkin sato petanda anda perlu mendapatkan tetikus paling cool hari ini. Ia diinspirasikan dari siri anime Initial D atau lebih tepat lagi berdasarkan Mazda RX-7 FC yang digunakan oleh Ryusuke Takahashi dari pasukan Red Suns yang juga disebagai White Comet of Agagi. Kira setanding la dengan Abang Japar, jaguh turun bukit dari Mentakab.

Kalau korang rasa FC kurang ranggi dan moden, korang boleh pilih RX-7 FD berwarna kuning yang digunakan oleh Keisuke Takahashi yang mempunyai rambut pacak ala landak raya. Terdapat dua varian untuk FC dan dua varian untuk FD. Perbezaan paling ketara ialah pada bahagian GT wing.

Tetikus ini dikeluarkan oleh Camshop dan turut dihiasi dengan lampu-lampu di bahagian hadapan dan belakang model kereta ini. Perincian kereta tetikus ini agak menarik dan menyeluruh tapi spoiler yang tinggi pada bahagian belakang mungkin mengurangkan keselesaan pada tapak tangan anda.

Kedua-dua tetikus ini boleh digunakan pada sistem operasi Window, Mac dan Chrome. Keempat-empat varian boleh didapati dengan harga USD50 (RM236.05) sahaja. Walaupun ia cuma untuk pasaran Jepun boleh je kalau nak beli secara atas talian zaman sekarang ni.

Sudah tentu ramai peminat yang mahukan model AE86 Takumi tapi payah sikit kot sebab 86 Takumi ada air dalam cawan. Silap-silap boleh tumpah kalau korang buat aksi drift guna tetikus ni.

Google ads
Back to top button