Buletin

KELAHIRAN SEMULA LEGENDA TOYOTA KIJANG INNOVA

Sebelum ini, admin ada mengeluarkan berita tentang kemunculan model serba baharu Toyota Kijang Innova 2016 (https://www.mekanika.com.my/automotif-dunia/toyota-kijang-innova-debut-di-indonesia).

toyota-kijang-innova-2016-indonesia-mekanika (9)

Lebih dikenali sebagai Toyota Innova di pasaran tempatan, MPV (kenderaan pelbagai guna) tersebut telah dilancarkan secara rasmi di Indonesia petang tadi.

Ia merupakan debut dunia pertama Toyota Innova 2016. Selepas itu, model berkenaan akan dilancarkan di India.

toyota-kijang-innova-2016-indonesia-mekanika (10)

Toyota Innova 2016 hadir dengan pelbagai penambahbaikan yang membezakan ia dengan generasi terdahulu. Tiga varian diperkenalkan iaitu Q, V dan G.

Dua pilihan enjin ditawarkan iaitu diesel serta petrol dengan sesaran 2.4L dan 2.0L.  Kuasa enjin diagihkan ke roda menerusi transmisi manual lima kelajuan atau automatik enam kelajuan.

toyota-kijang-innova-2016-indonesia-mekanika (2)

Pada bahagian luar, Innova 2016 didatangkan dengan lampu depan projector LED (varian Q). Sementara Innova Q diesel akan dipadankan dengan rim aloi 17 inci. Manakala varian Q (petrol), V dan G menerima rim aloi 16 inci.

Penampilan keseluruhan yang telah disemak semula membuatkan Innova kelihatan lebih muda berbanding imej sebelumnya. Imej tersebut diubah secara total dengan penggunaan gril, lampu dan bampar baharu.

toyota-kijang-innova-2016-indonesia-mekanika (4)

Rekaan lampu belakang yang dirombak semula menyerlahkan imej yang elegan. Perubahan turut dilakukan pada bahagian kabin. Kemasan kayu digunakan pada bahagian papan pemuka dan stereng. Ini bagi meningkatkan rasa premium. Kemasan tersebut ditawarkan pada varian Q diesel.

Toyota Indonesia menawarkan sistem hiburan dengan skrin 8-inci baharu. Ciri berkenaan membolehkan pengguna melakukan sambungan internet, miracast, HDMI, bluetooth, telefon pintar, arahan suara dan Digital Living Network Alliance (varian Q & V).

toyota-kijang-innova-2016-indonesia-mekanika (5)

Selain itu, kabin Innova dilengkapi Premiun LED Illumination berwarna biru yang memberikan rasa selesa pada penumpang. Keselesaan kerusi baris kedua turut ditingkatkan dengan kerusi kapten  yang dilengkapi tray kabin pada bahagian depannya.

Lebih menarik, semua varian didatangkan dengan tiga mode pemanduan iaitu Eco, Normal dan Power.

toyota-kijang-innova-2016-indonesia-mekanika (7)

Untuk ketenangan minda pemilik, Innova 2016 kini memiliki pelbagai ciri keselamatan. Ini termasuklah enam beg udara (2 SRS, lutut, tepi dan curtain shield), ISOFIX, ABS, EBD, Hill Assist Control, Vehicle Stability Control dan lain-lain.

Tanda harga Toyota Kijang Innova bermula pada Rp282 juta (RM87,000) hingga  Rp423,800 juta (RM131,000) seunit.

toyota-kijang-innova-2016-indonesia-mekanika (8)

Sila tonton video di bawah:

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button