Motosikal

PROJECT 156 VICTORY

Berita tentang model Project 156 mula didedahkan sekitar Jun lalu. Ketika itu tidak banyak informasi tentang model tersebut, termasuklah enjin yang akan digunakan.

Victory-Project-156-mekanika (5)

Namun, pada EICMA 2015,  Victory Motorcycles mendedahkan sedikit informasi enjin yang digunakan oleh Victory Project 156. Pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu mengesahkan model itu dikuasakan oleh  enjin 1,200cc.

Menurut Victory, enjin berkenaan direka untuk penghantaran kuasa yang mantap dan prestasi terbaik dalam kelasnya. Jentera konsep itu dibangunkan oleh pereka Eropah, Urs Erbacher.

Victory-Project-156-mekanika (9)

Erbacher cukup dikenali dalam dunia motosikal kustom dan banyak memenangi anugerah.

Model tersebut menggunakan ‘Victory Ignition Concept’.  Imej yang diketengahkan adalah agresif menerusi penggunaan bingkai enjin bersama chasis aluminium, suspensi berprestasi tinggi dan brek dengan inspirasi skim warna.

Victory-Project-156-mekanika (10)

Erbacher berkata beliau cukup berbangga menjadi sebahagian daripada pembangunan jentera tersebut.

“Jentera ini mewakili masa depan jenama Victory Motorcycles.

Victory-Project-156-mekanika (7)

“Bagi mana-mana motosikal pengeluaran yang menggunakan enjin tersebut, ia pasti mamu menawarkan kualiti tunggangan yang hebat,” katanya.

Pengurus Besar Victory Motorcycles, Rod Krois menyatakan Project 156 ialah jentera perlumbaan yang membawa rekaan enjin ke satu peringkat cabaran berbeza.

Victory-Project-156-mekanika (8)

“Ia menetapkan satu standard yang tinggi bagi pasukan kami. Platform enjin berkenaan menawarkan DNA American muscle  pada setiap model sedia ada dan produk masa depan,” jelasnya.

Victory-Project-156-mekanika (6)

Enjin bersama sistem penyejukan cecair dan empat  injap dengan sudut 60 darjah V itu menggunakan overhead cams berkembar yang menjanjikan prestasi paling mantap dalam kelasnya. Perincian enjin sepenuhnya akan didedahkan tidak lama lagi.

Untuk makluman, nombor 156 berasal daripada jumlah pusingan yang perlu diselesaikan di trek Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC). PPIHC dikenali dengan gelaran “trek ke awan”, kerana ia merupakan satu-satunya litar motor jalan raya yang mendaki gunung setinggi 1,440 meter.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button