
SWEDEN BAKAL PERKENALKAN LEBUH RAYA MESRA EV MENJELANG 2025 – CAS BATERI SAMBIL BERGERAK KAU
Sweden bakal memahat nama dalam sejarah dengan pembukaan lebuh raya elektrik menjelang 2025. Apa benda lebuh raya elektrik ni? Ia digelar ERS ataupn Electric Road System dan rekannya membolehkan kenderaan EV mengecas bateri sambil bergerak. Canggih bukan? Kenderaan EV akan mampu bergerak dengan lebih jauh tanpa perlu singgaj lama-lama untuk mengecas kembali bateri.

Lebuh raya pertama yang dipilih ialah E20 yang terletak ditengah-tengah antara beberapa bandaraya di Sweden seperti Stockholm, Gotthenburg dan Malmo. Ia langkah pertama kearah proses elektrifikasi lebuh raya Sweden yang dianggarkan sepanjang 3,000 kilometer.
Sweden sebenarnya sudah lama merintis teknologi ini. Contohnya pada tahun 2016, mereka sudah pun menguji laluan sepanjang 2 kilometer untuk kenderaan elektrik yang menggunakan pantograf. Alah yang ada antena khusus untuk mengecas elektrik macam keretapi tu.
Kemudian mereka turut memperkenalkan 2 kilometer lagi laluan di Gotland yang dilengkapi dengan koil pengecas yang diletakkan di bawah permukaan jalan untuk proses cas semula. Pada tahun 2018 pula Trafikverket memperkenalkan pula laluan cas semula sepajang dua kilometre yang membolehkan trak-trak berkuasa elektrik yang mempunyai sambungan di bawah melakukan proses mengecas sambil bergerak. Canggih amat.
Walaupun sebelum ini ia banyak digunakan untuk kegunaan trak elektrik ia dijangka akan diperluaskan kepada kenderaan-kenderaan persendirian. Sistem ini juga telah diuji di tempat lain seperti Jerman dan Michigan.
Teknologi ini jika dilaksanakan sepenuhnya akan membolehkan kenderaan EV bergerak dengan lebih jauh. Bukan itu sahaja, tidak mustahil juga kenderaan EV akan menjadi lebih murah kerana tidak perlu lagi menggunakan bateri yang bersaiz sebesar surau pusat membeli belah untuk menyimpan kuasa yang diperlukan untuk membuat perjalanan jauh.
Agak-agak bila boleh buat di lebuh raya Malaysia dato-dato semua?









