Motosikal

SYARIKAT MOTOSIKAL ELEKTRIK CAKE JATUH MUFLIS

Tiada angin tiada ribut, syarikat motosikal elektrik terkemuka dari Sweden, Cake telah memfailkan muflis selepas gagal meraih dana secukupnya walaupun berjaya mengutip USD74.4 juta (RM355.6 juta). 

Cake ditubuhkan pada 2017 dan merupakan syarikat pengeluar dan pereka motosikal elektrik berprestasi tinggi termasuk jentera ‘off-road’ elektrik. 

Sehingga tarikh pemfailkan muflis dilakukan, Cake telah menghasilkan lima model untuk dewasa dan satu model untuk kanak-kanak. Setakat ini, Cake telah menjual lebih 6,000 unit. 

Cake sebelum ini pernah menyatakan bahawa syarikat itu akan kerugian sehinggalah berjaya menjual antara 7,500 hingga 10,000 unit setahub. 

Bagaimanapun, kegagalan mengutip dana secukupnya baru-baru telah menyebabkan syarikat itu tiada pilihan selain mengumumkan muflis. Untuk rekod, seramai 140 pekerja masih gagal menerima bayaran (gaji) bagi bulan terakhir. 

Ketua Pegawai Eksekutif Cake, Stefan Ytterborn berkata, “Bukan hanya satu tetapi beberapa senario yang menyebabkan kami berada dalam situasi ini. Buat masa ini, Cake sudah terkubur.”

Tahun lalu merupakan tempoh sukar bagi syarikat baru dalam segmen mobiliti. Beberapa syarikat lain seperti Clevr, Volta Trucks dan Uno turut jatuh muflis sementara beberapa syarikat lain masih bergelut. 

Google ads
Back to top button