KESEMUA RANGKAIAN BENTLEY MOTORS SAH KEMBALI BEROPERASI DI CHINA
Bentley Motors telah membuat pengumuman bahawa kesemua rangkaian pengedar yang sejumlah 40 buah kini kembali beroperasi sepenuhnya di China sementelah negara itu secara beransur ansur kembali pulih dan berfungsi susulan serangan wabak Covid 19 yang melanda.
Dan dalam masa yang sama, jenama mewah daripada British ini giat memulakan penghantaran kepada pelanggan yang telah menempah model Grand Touring mewahnya di China serba baharu, Flying Spur.
Memandangkan keseluruhan pasaran di seluruh dunia hampir lumpuh, Bentley Motors telah bekerjasama erat dengan rakan kongsi tempatannya di China, dengan mematuhi garis panduan serta prosedur yang lebih selamat demi untuk terus melangkah ke hadapan. Kesemua pihak telah bekerjasama untuk bersiap sedia ketika menghadapi kemungkinan setelah berakhirnya wabak ini. Diantaranya meliputi langkah langkah pencegahan seperti waktu operasi showroom dipanjangkan demi untuk mengurangkan risiko berkumpulnya para pembeli, penggunaan peralatan pembersihan serta persembahan katalog secara digital.
Menurut Kim Airey, selaku Pengarah Urusan Bentley Motors China, Hong Kong dan Macau, “Semasa tempoh yang sukar ini, beberapa langkah telah diambil untuk melindungi kesejahteraan pihak berkepentingan dan perkhidmatan perlindungan kepada pelanggan kami. Kami juga telah memperhatikan perkembangan sewajarnya tentang wabak ini dan sekarang kami gembira apabila dapat membuka kembali bilik pameran dengan langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat, serta membolehkan pelanggan kembali untuk merasai pengalaman luarbiasa terhadap barisan model Bentley”.
Dan perkhabaran pembukaan semula operasi Bentley Motors ini di Tanah Besar China ini pasti amat dinantikan buat golongan hartawan terutamanya yang telah menempah model serba baharu, Flying Spur ini. Model Grand Touring ultra mewah ini hadir dengan beberapa ciri moden seperti Steering All-Wheel Elektronik, digabungkan dengan Active All-Wheel Drive dan Bentley Dynamic Ride, yang mana semuanya bergabung untuk memberikan pengendalian dan perjalanan yang luar biasa buat model ini. Sebagai sebuah model yang unggul, penggunaan enjin yang bersesaran 6.0 liter, serta turbo kuasa dua memang ngam betullah.
Penghantaran pelanggan pertama sepatuthnya pada suku pertama tahun ini, namun mungkin berlaku sedikit kelewatan. Sesudah pelanggan Eropah mendapatkannya diikuti Amerika Syarikat (yang ini mungkin tunda dahulu disebabkan wabak tengah menggila di sana sekarang ini), dan kemudiannya barulah pasaran Asia meliputi China.
BACA : INILAH SUV PRODUKSI TERPATNAS DI DUNIA – BENTLEY BENTAYGA