Buletin

INILAH SUV PRODUKSI TERPANTAS DI DUNIA – BENTLEY BENTAYGA SPEED. 306KM/J!

Bentley Motors baru-baru ini mendedahkan perincian penuh SUV paling pantas di dunia, Bentayga Speed. 

Dibina, dijurutera dan dihasil menggunakan tangan di Britain, ia merupakan model Bentley paling berkuasa setakat ini. Jentera itu dibina di atas tradisi model Speed yang bermula dengan Continental GT pada tahun 2007.

Bentayga Speed menggunakan khidmat enjin W12 bersesaran 6.0 liter yang mampu menjana kuasa 635PS dengan pecutan maksimum 306km/j. 

Pecutan 0-100km/j pula hanya memakan masa 3.9 saat. Angka itu membuatkannya mampu mengalahkan kelajuan Lamborghini Urus yang mencatat 305km/j pada tahun 2017.

Bagi dipadankan dengan prestasi itu, Bentayga Speed hadir dengan lampu hadapan digelapkan, skirting sisi dan spoiler belakang. 

Bampar hadapan dan gril radiator pula dipasang dengan kemasan hitam. Manakala rim bersaiz 22 inci itu hadir dalam tiga kemasan serta lencana signatur Speed. 

Ruang kabin diserlahkan dengan tema rekaan yang dramatik. Ini termasuklah kemasan ‘swooshes’ pada hendal pintu, bucu kusyen tempat duduk dan kulit Alcantara, pertama untuk varian Bentayga.

 Sama seperti varian lain, Speed yang menggunakan pacuan semua roda dilengkapi sistem Electronic Differential Lock bersama lapan mode pemanduan dinamik. 

Pelanggan juga boleh mengubah suai Speed mengikut kemahuan mereka seperti memasang brek seramik, tempat duduk hadapan dengan ciri urutan, panel fascia gentian karbon, sistem hiburan tempat duduk belakang Bentley RSE dan lampu kabin. 

GALERI

Google ads
Back to top button