Artikel Pilihan

KISAH SEORANG PEMANDU MABUK YANG MENYALAHKAN MASYARAKAT SELEPAS DISAMAN

Kisah pemandu mabuk memang tengah panas sekarang dan diharapkan selepas hukuman yang lebih berat dikenakan, kes-kes pemandu mabuk ni akan berkurangan. Nak hapuskan terus memang mustahil la kan? Tapi masalah ini bukan hanya berlaku di negara kita bahkan hampir di seluruh dunia. Australia tidak terkecuali dan terbaru sekali ialah seorang pemandu mabuk menyalahkan masyarakat kerana tidak mengajarnya cara untuk menukar tayar pancit.

Kalau dah nama pakar kereta, sekurang-kurangnya kena tahu la cara nak tukar tayar bila pancit. Lainlah kalau anda seorang yang cantik manis lagi bergaya, tak tahu tukar tayar pun tak apa, kontek je Abang Japar ke PokYa ke, selagi boleh tolong kitorang akan tolong.

Di Victoria, Australia, seorang remaja berusia 19-tahun didapati telah memandu kereta jenis Nissan Pulsar dalam keadaan pancit sehingga bersepai  tayar dan rim sekaligus. Daripada berhenti menukar tayar ataupun meminta bantuan, mereka memilih untuk terus memandu sehinggakan tayar tu pun dah tak ada rupa tayar.

Tengok sahaja foto yang dikongsikan oleh Jabatan Polis Victoria dan kita dapat lihat bukan setakat tayar, rim, daun pisang dan bahagian fender habis dah jahanam. Bukan setakat bergerak dengan rim, Nissan tersebut terus dipandu sehinggalah ia tidak dapat bergerak lagi. Kejam betul kan?

Pihak polis dipanggil selepas kereta terbabit didapati menghalang laluan pada awal pagi dan bila disoal pemandu dan penumpang berusia 22 tahun tersebut terus menyalahkan masyarakat kerana tidak mengajar mereka cara menukar tayar dengan betul. Boleh tahan alasannya kan? Kali pertama dengar alasan macam ni.

Selain merosakkan kereta mereka sendiri, keduanya juga didapati telah melanggar arahan PKP di sana selain mabuk. Laa… mabuk rupanya. Patut la bagi alasan merapu. Keduanya telah disaman sebanyak AUD 1,652 bersamaan dengan RM4,924.93 kerana melanggar arahan PKP.

Bukan itu sahaja, lesen pemandu telah digantung selama setahun dan beliau akan dihadapkan ke mahkamah kerana memandu dalam keadaan mabuk. Tu pun nasib baik tak langgar orang. Hidup pun menyusahkan orang je pemandu mabuk ni.

Google ads
Back to top button