Artikel PilihanBuletin

TESLA MODEL S DENGAN MOD AUTOPILOT HENTAM BELAKANG SUV POLIS DAN AMBULAN

Kemalangan akibat pemandu samdol yang terlalu bergantung kepada sistem Autopilot Tesla memang bukan kali pertama kita dengar. Bahkan ada yang melibatkan kematian tapi kemalangan yang terbaru ni memang pelik dan cukup memalukan. Nampak sangat kesamdolan pemandu Tesla Model S di Arizona ni.

Bayangkan dengan mod Autopilot aktif, sedan berkuasa elektrik ini boleh menghentam sebuah SUV polis yang berada di tepi jalan. Hentaman tersebut turut mengakibatkan SUV tersembut terlanggar sebuah ambulan yang berada dihadapannya. Hasilnya jadilah satu pertembungan tiga pihak dalam keadaan yang pelik.

Ironiknya, SUV polis dan ambulan tersebut sedang membantu pemandu yang terlibat dalam kemalangan di hadapan mereka sebelum dihentam pula oleh Model S tersebut dari belakang.

Disebabkan kejadian tersebut, pihak Jabatan Polis Arizona mengeluarkan satu kenyataan di Twitter yang berbunyi: “Tolong #Perlahankan & #BeriLaluan bila melihat lampu amaran kereta polis & kenderaan yang berhenti di tepi jalan!”.

Nasib baik tiada anggota polis dan paramedik yang berada dalam kenderaan masing-masing ketika kejadian. Tapi lain nasibnya dengan pemandu Tesla yang terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kecederaan serius.

Adakah pemandu tersebut cuai ketika memandu? Belum tahu lagi tetapi lelaki berusia 23 tahun tersebut sedang diperiksa jika memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sebagai peringatan untuk semua. Sistem Autopilot Tesla ini bukannya berautonomi sepenuhnya dan pemandu masih perlu meletakkan kedua-dua tangan di atasa stereng untuk mengambil alih pemanduan bila-bila masa diperlukan.

Tapi itulah, nampaknya ramai sangat pemandu samdol yang ingat mereka boleh lepas tangan dan melakukan aktiviti lain ketika mod Autopilot diaktifkan.

Google ads
Back to top button