Artikel Pilihan

YOUTUBER TERKENAL ROSAKKAN MINI COOPER JCW SELEPAS 38 KILOMETER PEMANDUAN (VIDEO)

Sebuah MINI JCW GP telah rosak selepas terbalik di belakang rumah Youtuber terkenal. Ini semua gara-gara terlebih poyo dan overconfident. MINI tersebut merupakan milik seorang Youtuber terkenal yang dikenali sebagai POG tapi kat Malaysia ni Abang Japar dan Abang Beras lebih popular kot (Haa…tepuk tangan ramai-ramai).

Si Pog ni memang mempunyai koleksi kereta yang menarik antaranya ialah seperti Ferrari 812 Superfast, Lamborghini Aventador dan McLaren 675LT tak macam Abang Japar yang mempunyai koleksi Proton Tiara 2JZ LE dan Demak interchange Superleggera.

Baru-baru Pog telah menerima sebuah MINI JCW GP baru dan disebabkan arahan PKP beliau tidak boleh memandunya di jalan raya. Tapi itu tidak menghalang Pog untuk mengujinya di sekeliling rumah beliau sendiri.

Pog menyiapkan trek mini beliau sendiri di sekeliling rumah beliau dan kelihatan berseronok sakan menguji pemanduan MINI tersebut. Siap buat catatan masa dan handbrake turn lagi. Sehinggalah Pog tersilap percaturan dan membuatkan MINI tersebut terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.

Nasib baik Pog tidak mengalami kecederaan tapi lain nasibnya dengan MINI tersebut. Habis datu badan kemek, cermin pecah dan ianya cuma baru dipandu sejauh 38 kilometer. Hai nasib-nasib. Tengok je lah video kat bawah. Jangan gelakkan orang. Tak baik. Hahaha.

Google ads
Back to top button