Artikel PilihanBuletin

LAFERRARI APERTA “N.O.S” RM31 JUTA – SAYANGNYA BILA KERETA JADI BARANG DAGANGAN

Bagi peminat Ferrari, ini adalah kereta dalam hierarki tertinggi dalam mana-mana pemilikan Ferrari. Saya tak fikir kereta ini ada yang dapat dibeli dari kalangan rakyat Malaysia. Dengan hanya 209 unit yang dibuat, nak jumpa di benua Asia juga rasanya mungkin sesuatu yang mustahil. Mungkin di China, Hong Kong atau Taiwan agaknya boleh jumpa.

Ini kereta yang disenaraikan oleh GTR MOTORS yang bertempat di Dubai. Di Tanah Arab, tempat di mana petrol lebih murah dari air mineral dan orang kaya lebih ramai dari pengemis maka pasaran kereta-kereta begini sangat besar.

Benua Arabjadi tumpuan pengeluar dunia membuka gedung pameran, pusat jualan dan lambakan model terhad yang mendapat senarai pembeli dalam sesi pra jualan mereka.

BACA: PUSAT LAMBORGHINI TERBESAR DI DUNIA DI DUBAI

Ferrari LaFerrari Aperta bukan sahaja model yang rare tetapi sangat rare atau super rare. Ia menjadi rebutan pengumpul dan apabila permintaan melebihi penawaran, kereta-kereta ini mula jadi barang dagangan.

Menemuinya dalam keadaan elok tidak lagi satu masalah kerana pemilik pertamanya jarang yang memandu lasak. Tidak seperti dekad 90-an di mana edisi khas ini mendapat tempat di litar lumba dan dilanyak sebanyak mungkin, hari ini, model-model terhad sudah jadi barang dagangan.

Sebagai contoh, ini model yang boleh digelar N.O.S (New Old Stock) kerana ia memang tidak pernah dipandu pun. Barangkali pembeli pertamanya ialah seorang pelabur dan tak memandu Ferrari pun.

Sewaktu baru, Aperta ini adalah antara yang termahal di pasaran. USD 2 JUTA (RM 8.5 Juta) bukanlah angka kecil dan kalau anda lihat pasaran terpakai hari ini, kereta ini berada pada sekitar USD 3 (RM13 Juta) ke USD 4 juta (RM17 Juta).

Tapi apa yang mengejutkan seperti yang dipaparkan oleh laman web kereta mewah Dubai ini ialah harganya. USD7.3 Juta (RM 31 Juta) bukanlah angka yang kecil tuan-tuan. Lebih tiga kaliganda dari nilai jualan baru dan lebih dua kali ganda dari nilai pasaran terpakai.

Boleh jual kah? Di negara yang golongan kaya yang mahu memandu (atau memilikinya di garaj ) Ferrari Aperta ni pastu terjual juga akhirnya nanti.

Aperta merah Rosso COrsa ini dikuasakan oleh enjin V12 dengan 789 kuasa kuda dan dibantu motor elektrik 161 kuasa kuda. Pecutan 0-62 mph kurang dari 3 saat dan kelajuan maksimum 350km/j.

GALERI

 

Google ads
Back to top button