Artikel Pilihan

LALUAN SITINJAU LAUIK – ADA APA DENGANNYA

Di Indonesia, sememangnya kaya dengan alam semulajadi yang cukup menakjubkan. Dipenuhi dengan gunung ganang yang menghijau. Atas faktor itu, barangkali kita kondisi laluan di sana harus menempuhi laluan yang berliku di lereng bukit dan sebagainya.

Dan tahukah anda wujud satu laluan yang cukup mencabar lagi ekstrem buat para pemandu tetapi dalam masa yang sama cukup mengujakan dengan pemandangannya yang indah Ketika menempuhinya. Laluan tersebut diberi nama Sitinjau Lauik. Laluan Sitinjau Lauik ini terletak di Provinsi Sumatera Barat, Padang.

Laluan Sitinjau Lauik ini sebenarnya merupakan laluan utama di Sumatera Barat yang menghubungkan diantara Kota Padang, Arosuka dan juga Solok. Dari segi nama, Sitinjauk Lauik ini sebetulnya berdialek kan cara sebutan orang Minang yang membawa maksud melihat laut. Dan nama Sitinjau Lauik ini ada benarnya apabila ada beberapa spot yang membolehkan kita melihat laut dari atas laluan ini.

Apa yang menguja dan mengerikan tentang laluan Sitinjau Lauik ini adalah, ianya mempunyai suatu selekoh mendaki yang cukup curam dan ekstrem. Dianggarkan ianya darjah kecerunan sehingga 45′ bagi laluan mendaki di sini. Jadi, bayangkanlah sekiranya kenderaan besar dan berat yang melaluinya, pasti terdapat kesukaran untuk melepasinya. Kebiasaannya sang pemandu akan mengambil ruang yang lebih terlebih dahulu di bahagian kanan bagi mencari titik kecerunan yang lebih kurang. Tetapi, bagi kenderaan yang berat dan besar pasti sukar juga untuk melepasinya.

Untungnya ada para penduduk setempat yang sedia membantu para pemandu untuk melepasinya dengan memberikan arahan membelok. Silap membelok, terlanggar pula tembok penghadang. Paling ngeri, kesilapan menggunakan brek dengan sewajarnya, pasti ke gaung dalam perginya. Di saat kesukaran mengambil selekoh, mereka inilah yang membantu kondisi lalu lintas agar kekal bergerak dan tidak macet. Dan sebagia menghargai atas usaha penduduk setempat, menjadi lumrah buat para pemandu untuk menghulurkan sedikit saguhati kepada mereka secara ikhlas hati.

Menambahkan lagi ke-ekstrem-an laluan ini adalah ketika hujan lebat. Kondisi jalanraya akan menjadi licin dek kerana air yang menuruni laluan. Baik untuk yang mendaki mahu pun yang sedang menuruni laluan. Dan kemalangan yang berlaku di sini adalah lumrah, terutamanya buat trak besar.

Sungguh pun demikian, laluan ini tetap menjadi tumpuan sama ada sebagai tujuan utama perhubungan diantara dua tempat mahu pun sebagai tempat tumpuan pelancongan.

Dan tahukah anda semua bahawa, terdapat satu saluran YouTube khusus untuk laluan ini dan mempunyai berjuta – juta subscriber? Fuhhh!

Kredit Foto : YT Sitinjau Lauik Truck Video

BACA : WULING AIR EV BOLEH TAHAN LAKU JUGA DI INDONESIA

BACA : WULING FORMO MAX – TRAK PIKAP TERBAHARU UNTUK PASARAN INDONESIA

Google ads

B K

Back to top button