Buletin

WULING AIR EV BOLEH TAHAN LAKU JUGA DI INDONESIA

Jenama Wuling sememangnya sudah diterima baik oleh rakyat Indonesia menerusi pengenalan beberapa model MPV dan juga SUV. Ternyata pengenalan model kereta elektrik (EV) Wuling Air EV di Indonesia mula membuahkan hasil apabila ianya menerima sambutan yang agak baik juga di sana. Khabarnya terdapat sejumlah hampir 3,000 unit tempahan telah diterima oleh pengedar Wuling di sana.

Umum mengetahui harga bagi model kereta EV ini sebetulnya boleh tahan mahal, tak kira walau di mana sahaja dipasarkan. Tetapi pengenalan model Wuling Air EV yang comel ini benar benar merubah sedikit persepsi. Di Indonesia, rata rata kereta EV ini dijual melebihi harga 500 juta Rupiah (RM151,529). Tetapi Wuling Air EV yang dijual pada aras harga tidak melebihi 300 juta Rupiah (RM90,917) dirasakan lebih berbaloi untuk dibeli.

Maksud berbaloi untuk dibeli dalam erti kata, ianya lebih sesuai untuk dijadikan sebagai kereta kedua bagi tujuan pemanduan santai di hujung minggu atau pun sekadar buat menghantar anak ke sekolah. Saiz yang comel, senang nak parkir, harga pula sedap untuk didengar. Menjadikan ianya lebih mudah untuk dijual. Maka tidak hairanlah walaupun hanya dalam tempoh dua bulan selepas pelancarannya, ianya telah menerima tempahan sejumlah 2,708 unit merangkumi 1,793 unit untuk varian Long Range dengan bakinya untuk varian Standard Range.

Sudah tentu varian Long Range yang dilengkapi dengan pek bateri 26,7 kwh/115 V berupaya mencatat perbatuan sehingga 300 km menjadi pilihan utama, Ianya dijual pada harga cuma Rp. 295.000.000 (RM89,457). Manakala Standard Range yang dilengkapi dengan pek bateri  17,3 kwh/115 V pula hanya berupaya mencatat jarak tempoh sekitar 200 km sahaja.

Ternyata Wuling telah mengkaji selok belok kebutuhan (butuh = perlu dalam Bahasa Melayu) masyarakat kota di Kota Indonesia. Setakat untuk ulang alik pergi ke kantor dengan jarak tempuh 50 km sehari hari, membawa pula seorang isteri bersama atau tambahan dua lagi orang anak kecil menghantar ke sekolah, ianya adalah sebuah model pengangkutan yang cukup efisyen dan ideal.

Bijak betul Wuling ni buat kerja. Ternyata Indonesia juga merupakan lubuk penting buat pengeluar kereta dari China ini.

BACA : WULING MELANCARKAN AIR EV DI INDONESIA, MERANCANG MEMBINA 10 RIBU UNIT SETAHUN

BACA : JENAMA WULING KINI DI PASARAN INDONESIA

Google ads

B K

Back to top button