Buletin

LAMBORGHINI AVENTADOR SVJ ROADSTER, ENJIN V12 KUASA N/A!

Sempena Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019, Lamborghini membuat pelancaran perdana Aventador SVJ Roadster yang merupakan versi open top Aventador SVJ sebelum ini.

Turut dipertontonkan ialah Huracán EVO Spyder yang juga pertama kali dibawa ke pentas antarabangsa.

Akronim SVJ pada kereta super ini merujuk kepada Super Veloce yang bermaksud superfast dan Jota, lambang kepada prestasi dan ketangkasan di litar.

Kembarnya, SVJ coupé sebelum ini mencatat rekod kereta produksi
terpantas di Nürburgring-Nordschleife, Jerman.

Penanda aras prestasi dibuat berdasarkan siri enjin V12 paling berkuasa pernah dikeluarkan Lamborghini dengan output 770 bhp pada rpm maksimum 8,500 rpm.

SVJ Roadster mempunyai daya kilas 720 Nm pada 6,750 rpm dengan nisbah kuasa pada berat hanya 2.05 kg/hp.

SVJ mampu memecut daripada 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 2.9 saat dan daripada 0 hingga 200 km/j dalam masa 8.8 saat.

Kelajuan maksimum lebih daripada 350 km/j dan dibantu dengan daya membrek 100 hingga 0 km/j dalam jarak 31 meter.

Bumbung roadster SVJ diperbuat daripada gentian karbon RTM bertekanan tinggi dan boleh ditanggalkan melalui tuil pembuka cepat di dalam kabin.

Bumbung tersebut kemudian boleh disimpan dengan selamat di bawah hud depan.

Berat bumbung hanya kurang daripada 6 kg setiap satu dan berat keseluruhan SVJ Roadster hanya bertambah 50 kg kepada 1,525 kg.

Berikut ialah maklumat mengenai Lamborghini Aventador SVJ Roadster:

  • Diinspirasi daripada aeronautikal seperti kapal angkasa, jet pejuang dan motosikal lumba
  • Hanya 800 unit akan dikeluarkan
  • Warna baharu yang dipamerkan di GIMS 2019 ialah bronzo zenas (tembaga) kusam
  • Grafik badan Ad Personam dalam warna bianco phane (putih)
  • Grafik tersebut menekankan garisan tajam pada bampar depan dan belakang dan menampakkan bentuk bonet enjin yang direka khas
  • Menggunakan sistem aerodinamik ALA: Aerodinamica Lamborghini Attiva 2.0
  • Sistem ALA bertindak secara aktif dalam mencapai kuasa mendapan rendah (downforce) atau seretan rendah (low drag)

  • Sistem ini berfungsi mengikut keadaan menggunakan motor elektrik yang diletakkan pada splitter depan dan sayap belakang
  • Enjin V12 SVJ berbeza dengan enjin lain melalui injap kemasukan titanium, bentuk intake runner dan ukuran baharu dan intake cylinder head duct yang diubah suai untuk aliran koefisien lebih tinggi
  • Bahagian enjin boleh dilihat melalui bonet enjin ringan gentian karbon
  • Ekzos yang dipasang tinggi menghasilkan bunyi garang dan mengasyikkan
  • Dipasangkan rim aluminium Niero dengan tayar rekaan khas Pirelli P Zero Corsa atau pilihan Pirelli P Zero Trofeo R
  • Mempunyai tiga pilihan pemanduan iaitu STRADA, SPORT dan CORSA dengan mod pilihan EGO untuk larasan peribadi

Jika spesifikasi standard tidak memadai, pemilik boleh mengubah suai Aventador SVJ mereka mengikut pilihan sendiri melalui  program Lamborghini Ad Personam.

Warna di GIMS 2019 ini hanya satu daripada 350 pilihan warna yang boleh dipilih pelanggan termasuk bahagian dalaman yang mahu dibalut kulit atau Alcantara.

Program ini ditawarkan melalui pengedar rasmi Lamborghini dan pelanggan juga dibenarkan memasuki kawasan eksklusif di kilang bagi mereka bentuk unit mereka sendiri.

Penghantaran pertama Lamborghini Aventador SVJ Roadster akan bermula beberapa bulan lagi dan harga tanpa cukai bermula daripada GBP 323,323 atau bersamaan RM 1,736,625.

*1 GBP = RM 5.371

Google ads
"
"
Back to top button