
Artikel Pilihan
LAMBORGHINI AVENTADOR DAN INI KOS UNTUK “MEMBELANYA”
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa tak minat Lambo, yang tak minat dengan kereta pun pasti akan menjeling jika kereta ini lalu di hadapan matanya. Apatah lagi model ini, Lamborghini Aventador.
Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-
– Dilahirkan pada tahun 2011
– Mempunyai enjin bersesaran 6,498cc(6.5L) yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 690hp dan 690Nm Torque.
– Direka oleh Mr. Filippo Perini dan Mitja Borkert bagi model Aventador S.
– Kod yang diberi adalah LP700-4,LP720-4 dan LP740-4, LP750-4 dan LP770-4. Nombor dibelakang merujuk kepada Layout dimana 4 untuk 4WD dan 2 untuk 2WD. Dapat disimpulkan disini bahawa semua model Aventador adalah 4WD.
– Kod LP pula merujuk kepada “Longitudinal Posteriore” yang membawa maksud “Longitudinally Mounted Mid-Engine”, kedudukan enjin yang memanjang di tengah.
– Sistem Transmisi kenderaan ini menerima sistem baru yang dikenali sebagai Independent Shifting Rod (ISR) 7-Speed Single Clutch. Sistem Transmisi ini menggunakan “Dual Shifting Rods” dimana ia membolehkan penukaran gear 50% lebih pantas dari Sistem Transmisi Dual-Clutch. Ia juga agak ringan dengan berat hanya lebih kurang 79kg. Lagi ringan dari anda mungkin 😝.
🏎Model
– Aventador LP 700-4
– Aventador LP 700-4 Roadster
– Aventador LP 750-4 SuperVeloce
– Aventador LP 750-4 SuperVeloce Roadster
– Aventador LP 750-4 S
– Aventador LP 740-4 S Roadster
– Aventador LP 770-4 SuperVeloce Jota(SVJ)

Model “Special Edition” saya tidak tulis disini disebabkan ianya dibuat atas tempahan khas dari syarikat atau individu tertentu. Dapat dilihat juga disini, setiap model mempunyai “Roadster” nya sendiri. Inilah keunikan Lamborghini.
Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)
🛠SERVIS
🔧Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 13Liter. Kelikatan minyak yang digunakan adalah 5W-30. Perlu diingat, enjin ini menggunakan “dry sump” dan cara membuang minyak enjinnya dengan 4 biji drain plug yang perlu dibuka dan bukan 1 seperti kenderaan biasa.Harga bagi setiap servis adalah dalam lingkungan RM3,200 – RM3,800.
🔧Transmission Service Package
Bagi Sistem Transmisi ISR ini, servis meliputi unit Gearbox itu sendiri, Front Diffential dan Rear Differential. Kos untuk menukar minyak bagi ketiga-tiga unit ini adalah dalam lingkungan RM4,000 – RM5,000.
🛠COMMON WEAR & TEAR PARTS
Kereta akan tetap jadi kereta. Walau mahal macam mana pun, bila ada komponen bergerak maka akan adalah “wear & tear”.
Baiklah, kita mulakan.
🔧Front Brake Pad
Kos untuk penukaran pad brek bagi kenderaan ini adalah dalam lingkungan RM7,800 – RM9,000.
🔧Rear Brake Pad
Kos untuk penukaran pad brek bagi kenderaan ini adalah dalam lingkungan RM6,500 – RM8,500.
🔧Hand Brake Pad Set
Kos bagi penukaran pad parkir brek ini adalah dalam lingkungan RM4,500 – RM5,300.
🔧Brake Disc/Rotor
Sebenarnya jarang habis benda ni memandangkan materialnya adalah Carbon Ceramic. Tetapi, jika perkara tidak diingini berlaku. Inilah harganya, dalam lingkungan RM150,000 full set depan dan belakang. Marilah berhuhu.

🔧Clutch
Seperti kenderaan biasa, Lamborghini juga mempunyai klac untuk menghubungkan kuasa dari enjin ke sistem transmisi lalu ke tayar. Dan klac adalah satu benda yang akan habis. Kos untuk menukar klac set adalah dalam lingkungan RM40,000 – RM50,000
🔧Air Filter
Mempunyai dua unit Air Filter bagi setiap “Bank”. Harganya dalam lingkungan RM940 sepasang.
🔧Spark Plug
Kenderaan ini dijana oleh enjin V12 yang mempunya 12 silinder. Harga bagi setiap unit Spark Plug adalah dalam lingkungan RM390. Bila di kalikan dengan 12, jumlahnya menjadi RM4,680.
🔧Ignition Coil
Sama seperti Spark Plug, mempunyai 12 biji semuanya. Harganya dalam lingkungan RM580 bagi setiap unit coil. Darablah dengan 12 ye Tuan-Tuan 🤣
🔧Starter
Unit Starter Motor kenderaan ini jika rosak akan mendatangkan kerugian sekitar RM6,500.
🔧Wheel Speed Sensor
Dari kereta biasa hinggalah kereta eksotik, tak dapat lari daripada masalah wheel speed sensor rosak. Kosnya adalah dalam lingkungan RM490 seunit.
🔧Absorber
OHLINS ye Tuan-Tuan. Jenama sahaja sudah menggerunkan. Walaubagaimanapun, ianya masih buatan manusia. Manusia sendiri hanyalah insan yang lemah apatah lagi barangan buatan manusia. Kahkahkah. Baiklah, unit ini dilengkapi dengan “lifter” yang membolehkan kenderaan ini turun dan naik. Harganya pula ? Depan dalam lingkungan RM48,000 sepasang. Bahagian belakang pula dalam lingkungan RM20,000 sepasang.
🔧Lifter Pump
Sepertimana yang dijelaskan diatas, sistem suspensi ini dilengkapi dengan “lifter” ianya boleh dilaras ketinggiannya. Satu unit pam berfungsi untuk mengepam minyak hidraulik ke absorber bagi membolehkan kenderaan ini ditinggikan. Jika rosak, kosnya adalah dalam lingkungan RM17,000.
🔧Air-Conditioning Compressor
Jika rosak, kos penukarannya mencecah lingkungan RM5,000 – RM6,000.
🔧Water Pump
Kebiasaannya bocor air lah di kawasan ini. Kos adalah dalam lingkungan RM4,000 – RM5,000.
🔧Alternator
Umum mengetahui fungsi alternator adalah untuk mengecas bateri dan membekalkan kuasa elektrin kepada kenderaan. Jika rosak, kos penukarannya adalah lingkungan RM8,000.
🔧Tayar
Tayar bagi Lamborghini Aventador ini adalah bersaiz 235/35R19(Depan) dan 335/30R20(Belakang). Bagi model Roadster, Tayar belakang bersaiz 335/30R21. Harga ? Dah bagi size tu cek sendiri ler. Haha
🔧Belting Set
Ini bukan Lamborghini je. Semua kereta juga perlu tukar bila sampai masanya. Kecuali Tesla je kut. Kos dalam lingkungan RM4,000 berserta upah dan related parts.

Kesimpulannya, ini adalah “harga” yang perlu dibayar bagi menjada sebuah kereta yang bernama Lamborghini Aventador. Dengan tag harga sekitar RM1.7 juta(di Mudah.my). Rasanya takdelah mahal mana pun kan nak menjaganya 😅😅😅.
Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian.
Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari.
Jika mahukan maklumat lebih lanjut atau khidmat nasihat, boleh datang ke MB Performance Pte Ltd di Singapura dengan pengerasnya Teh O Ais ikat tepi. Ataupun boleh hubungi saya di nombor tertera di bawah. Saya sedia berkongsi maklumat dengan anda semua.
Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd
+60127879593 | +6586994888