" "
Buletin

LAMBORGHINI BUKA PUSAT VAKSINASI UNTUK PEKERJA

Automobili Lamborghini telah membuka pusat vaksinasi di ibu pejabatnya di Sant’Agata Bolognese. Selepas mendapat persetujuan daripada pihak berkaitan, Lamborghini akan melancarkan kempen vaksinasi bermula hari ini. 

Kempen vaksinasi dos pertama itu melibatkan semua kakitangan Lamborghini dan dilakukan atas dasar sukarela. Diuruskan oleh kakitangan kesihatan profesional dan mematui garis panduan Kementerian Kesihatan Itali, program itu akan dilaksanakan dalam tempoh tiga hari. 

Lamborghini berharap inisiatif tersebut dapat membantu kerajaan menangani penularan pandemik COVID-19 dan menjadi bukti komitmen ke atas semua pekerjanya. 

“Keputusan untuk menjadikan ibu pejabat sebagai pusat vaksinasi untuk pekerja bertujuan menyokong usaha kerajaan untuk menamatkan penularan COVID-19 dan mengurangkan tekanan vaksinasi di Itali,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Lamborghini, Stephan Winkelmann. 

Google ads
Back to top button