Buletin

20 RIBU URUS DALAM 4 TAHUN, PENCAPAIAN BESAR LAMBORGHINI!

SUV Super Urus, sebuah model yang banyak melonjakkan prestasi perniagaan Automobili Lamborghini. SUV adalah produk yang betul bagi sesebuah pengeluar dan kena dengan citarasa pengguna sekarang ini.

Untuk Lamborghini, sebanyak 20,000 unit Urus dikeluarkan sejak diperkenalkan di pasaran pada tahun 2018 dan berjaya mencipta rekod jualan tahun demi tahun.

Urus juga adalah model terlaris dalam tempoh paling singkat buat Lamborghini.

Unit ke-20 ribu Urus tampil menarik dengan warna badan Viola Mithras dan disiapkan pada 7 Jun 2022. Ianya dibuat untuk pelanggan dari Azerbaijan.

Dari segi pencapaian, Urus merupakan pemangkin kepada peningkatan sekali ganda penjualan dan pembesaran kilang Lamborghini di Sant’Agata Bolognese.

Perjalanan Urus panjang, model konsep dipertontonkan di Beijing, China pada 2012 dan diperkenalkan di pasaran enam tahun kemudian.

Jika diundur ke belakang, Lamborghini sudah pun mempunyai SUV LM002 puluhan tahun sebelumnya.

Apa yang membuatkan penawaran Urus keputusan yang tepat?

Banyak, di antaranya lebih 70 peratus tempahan awal yang diterima dari pelanggan yang tidak pernah memiliki Lamborghini.

Dari segi keupayaan, Urus bukan sekadar projek menjual produk dan ini dari Lamborghini dan anda wajib membelinya.

Urus berjaya mencipta rekod seperti kelajuan tertinggi di atas ais di Tasik Baikal, Rusia dan menjelajah jalan tertinggi yang boleh dipandu di dunia iatu Umling La di India pada ketinggian 19,300 kaki.

Enjin V8, 0-100 km/j bawah 4.0 saat

Urus dipacu oleh enjin 4.0 liter V8 berkuasa 650 hp pada 6,000 rpm dan tork 850 Nm pada 2,250 rpm.

Urus mempunyai enam mod pemanduan iaitu Strada, Sport, Corsa dan semestinya off-road, sand dan snow.

Daya pecutan 0-100 km/j hanya memerlukan 3.6 saat dan dari 0-200 km/j dalam masa 12.8 saat.

Kelajuan maksimum? 305 km/j!

Manfaat kepada ekonomi

Selain prestasi teknikal, pencapaian jualan yang bagus memberi manfaat kepada ekonomi.

Kilang Lamborghini dibesarkan dari 80,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi. Lebih 500 pekerja tetap baharu ditambah dari tahun 2015 hingga 2018.

Pencapaian ini menunjukkan penawaran Urus memang keputusan yang tepat! Mungkin Lamborghini memerlukan satu atau dua lagi SUV bagi memenuhi segmen yang berbeza.

BACA: LAMBORGHINI URUS – SUPER SUV 1-100 KM.J DALAM MASA 3-6 SAAT

BACA: LAMBORGHINI LM002 – SUPER SUV INI IALAH AYAH KEPADA URUS

BACA: PADA 1970 LAMBORGHINI URRACO DIPERKENAL, 2+2 TEMPAT DUDUK

Google ads
"
"
Back to top button