
PORSCHE LABUR DALAM PEMBANGUNAN SEL BATERI PRESTASI TINGGI
Pengeluar kenderaan, Porsche menjalin kerjasama bersama pembikin bateri Jerman, Customcells dalam membangunkan sel bateri berprestasi tinggi.
Melalui kerjasama tersebut, Porsche dan Customcells akan mewujudkan sebuah syarikat baharu, Cellforce Group yang melihat pelaburan besar oleh syarikat automotif itu.
Porsche memegang saham majoriti sebanyak 83.75 peratus melalui kerjasama baharu yang berpangkalan di Tubingen tersebut.

Bahan kimia pada sel berprestasi tinggi itu bergantung kepada silikon sebagai bahan anod.
Ia sekali gus meningkatkan ketumpatan tenaga lebih ketara dan kompak berbanding bateri semasa.
Selain itu, bahan kimia itu turut mengurangkan ketahanan dalaman bateri bagi membolehkan penyerapan tenaga lebih efisien.
Ciri istimewa lain sel bateri Cellforce ialah mampu menahan suhu tinggi dengan berkesan.

“Sel bateri merupakan ruang pembakaran masa hadapan. Cellforce Group yang merupakan anak syarikat baharu Porsche akan mengendali kemajuan penyelidikan, perkembangan, pengeluaran dan jualan sel berprestasi tinggi itu.
“Usahasama terjalin meletakkan kami (Porsche) di barisan hadapan dalam persaingan global untuk sel bateri paling berkuasa sekali gus menjadi penghubung antara pengalaman pemanduan Porsche dan kekal mapan.
“Ini merupakan cara kami mencorak masa hadapan jentera sports,” kata CEO Porsche AG, Oliver Blume.
Porsche turut memilih syarikat kimia, BASF sebagai rakan pembangunan penghasilan generasi baharu bateri ion-lithium.
- BACA: KASTAM FILIPINA LUPUS KERETA SELUDUP BERNILAI RM5 JUTA. ADA MCLAREN 620R, PORSCHE 911, LOTUS ELISE DAN BENTLEY
- BACA: PORSCHE UJI MODEL 911 GT3 SEJAUH 5000KM, FULL THROTTLE
- BACA: LAPANGAN TERBANG HYDERABAD TAWAR SUPERCAR SEWA. BOLEH PILIH LAMBO, PORSCHE, JAGUAR DAN MUSTANG
- BACA: PORSCHE 550 SPYDER 1955 ‘TERPERAM’ SELAMA 35 TAHUN DIJUMPAI DALAM KONTENA