
LEGO & FORMULA 1 BERSATU: KOLEKSI F1 PERTAMA DILANCARKAN!
LEGO dan Formula 1 telah mengumumkan pelancaran koleksi LEGO F1 pertama mereka, menampilkan semua 10 pasukan perlumbaan serta model kereta lumba, pit stop, dan koleksi eksklusif.
Set ini telah pun mula dijual secara global bermula 1 Mac 2025.
Kerjasama antara dua jenama ikonik ini terjalin pada tahun 2024, menggabungkan elemen sukan permotoran dan kreativiti binaan LEGO.
Koleksi baharu ini merangkumi pelbagai kategori, termasuk LEGO Speed Champions, LEGO City, dan LEGO DUPLO, menawarkan pengalaman membina yang menarik untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga kolektor tegar.

Barisan Set LEGO F1 yang Dinanti-nantikan
Buat julung kalinya, setiap pasukan F1 akan diwakili dalam rangkaian produk LEGO. Antara daya tarikan utama adalah set LEGO Speed Champions, yang menampilkan replika realistik kereta F1 musim 2024 seperti McLaren MCL38, Mercedes-AMG W15, dan Williams Racing FW46.
Set ini direka dengan butiran autentik termasuk kokpit yang realistik, tayar belakang lebih lebar, pelekat penaja, serta figura pemandu.
Sementara itu, LEGO City memperkenalkan set bertema Grand Prix, lengkap dengan garaj, pit stop, dan grid permulaan.
Pasukan seperti Ferrari, Mercedes-AMG, Alpine, VCARB, dan Sauber akan menjadi sebahagian daripada koleksi ini, yang turut merangkumi trak pengangkutan, kru pit, serta stesen pembaikan interaktif.

Untuk peminat cilik, LEGO DUPLO hadir dengan set F1 Team Race Cars & Drivers, direka khas bagi memperkenalkan dunia perlumbaan F1 dalam bentuk permainan yang lebih mesra kanak-kanak.
Set ini membolehkan mereka membina kereta lumba yang boleh disesuaikan, grid permulaan, dan podium kemenangan.
Koleksi Premium untuk Peminat Dewasa
Selain set untuk kanak-kanak dan kolektor kasual, peminat LEGO dewasa boleh menantikan set LEGO Technic dan LEGO Icons yang lebih kompleks.
Model Oracle Red Bull Racing RB20 dan Ferrari SF-24 ditampilkan dengan kejuruteraan terperinci, termasuk stereng berfungsi, sayap boleh laras, serta enjin V6 lengkap dengan MGU-H berputar.
Ferrari SF-24, khususnya, direka dalam skala 1:8, memberikan pengalaman membina yang lebih mendalam.
Bagi mereka menggemari sejarah F1, LEGO Icons mempersembahkan Williams Racing FW14B & Nigel Mansell Edition, meraikan salah satu jentera legenda yang menjuarai Kejohanan Dunia Formula 1 1992.

Koleksi Misteri dan Promosi Menarik
Bermula 1 Jun 2025, LEGO akan melancarkan koleksi F1 Collectible Race Cars, yang menampilkan kesemua 10 pasukan dalam kotak misteri pada harga RM19.90 setiap satu.
Peminat boleh mengumpul kesemua model ini dan membina garaj F1 peribadi mereka.
Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, LEGO turut menawarkan pelbagai promosi dan pertandingan eksklusif:
- 6 Mac – 13 April: Pertandingan dalam talian untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun di kids.lego.com. Pemenang akan menerima hadiah LEGO F1.
- 1 – 31 Mac: Pembelian RM750 di LEGO Certified Stores atau LEGOLAND Malaysia melayakkan pelanggan menebus 40762 Mixed Flowerpot.
- 14 – 30 Mac: Diskaun 20% untuk set LEGO Speed Champions, LEGO City, dan LEGO Technic terpilih.
- 1 Mac – 13 April: Pembelian RM179 dan ke atas akan menerima 30691 Mini Convertible Monster Truck.
- 1 Mac – 30 April: Pelanggan boleh mengumpul setem dengan setiap pembelian LEGO bagi menebus diskaun dan model edisi terhad.
- 1 – 13 April: Pembelian RM375 di LEGO Certified Stores atau LEGOLAND Malaysia akan menerima 40764 Easter Bunny secara percuma.
Peminat boleh membuat pra-tempahan set LEGO F1 pilihan mereka di LEGO Certified Stores dan LEGOLAND Malaysia bermula 1 Mac, dengan ketersediaan di LEGO Official Stores di Lazada dan Shopee bermula 1 Mei 2025.
Koleksi ini dijangka menjadi tarikan utama bagi peminat perlumbaan dan pembina LEGO di seluruh dunia.
GALERI:










- BACA: ULANG TAHUN KE 50 MODEL SKODA 130 RS. INI BARULAH BETUL MODEL YANG LEJEN
- BACA: TAKAMOTO KATSUTA GUNA WANG GAJI SENDIRI UNTUK BANGUNKAN PROGRAM BAKAT BAHARU DALAM SUKAN RALI
- BACA: PEUGEOT MALAYSIA RASMI PUSAT 3S BAHARU DI SARAWAK
- BACA: TCIE SERAH LAPAN UNIT TRAK TUGAS BERAT UD QUESTER KEPADA SUNMAX





