Buletin

LEGO BAKAL KELUARKAN SET NISSAN SKYLINE GT-R R34 2 FAST 2 FURIOUS, PENGHORMATAN BUAT WATAK PAUL WALKER

LEGO membawa berita gembira apabila Speed Champions mendedahkan set 2 Fast 2 Furious iaitu Nissan Skyline GT-R R34. Set tersebut bakal dikeluarkan pada 3 Januari 2023.

Nissan Skyline dari 2 Fast 2 Furious itu turut didatangkan dengan patung figura Paul Walker selain kit badan didatangkan dalam warna kelabu serta grafik biru pada bahagian bonet, pintu dan spoiler yang sangat ikonik.

Sudah pasti, Nissan Skyline adalah pemanduan sebelah kanan seperti yang anda jangkakan daripada import Jepun.

Mengandungi 319 kepingan Lego, namun ia tidak begitu terperinci seperti Technic tetapi kualiti set tersebut begitu sesuai dijadikan koleksi peribadi.

Ia merupakan penghormatan kepada watak Paul Walker, Brian O’Connor yang menerajui beberapa filem Fast and Furious sebelum meninggal dunia secara tragis pada 30 November 2013.

Menurut laporan, set Nissan Skyline GT-R (R34) 2 Fast 2 Furious ini boleh didapatkan pada harga RM115.

Google ads
Back to top button