Artikel Pilihan

NANTIKAN KEMUNCULAN LEGO MCLAREN-HONDA MP4/4 TAK LAMA LAGI – NAK BELI YANG REAL MAHAL SANGAT

Lego baharu sahaja umumkan produk terbaru mereka sempena jentera lagenda F1 dengan kemenangan paling banyak, McLaren-Honda MP4/4. Inilah jentera yang membantu pasukan McLaren-Honda menguasai kejuaraan pengeluar terpanjang dalam sejarah F1. Empat tahun berturut-turut dari tahun 1988-1991. Jangan lupa ia juga dipandu oleh pemandu tersohor dari Brazil, Ayrton Senna.

Sejak 2015, Legi telah menghasilkan banyak kit permainan bertemakan dunia automotif dan digelar Speed Champions. Kesemua model yang dikeluarkan mempunyai lesen dari pengeluar dan antara yang pernah diberi penghormatan ialah Ferrari, Porsche, Lotus, McLaren, Mercedes-AMG, Aston Martin, Lamborghini, Bugatti, Pagani, Koenigsegg dan banyak lagi.

Malangnya hanya tiga sahaja model kereta Jepun yang pernah dihasilkan iaitu Nissan GTR Nismo, Toyota GR Supra dan Nissan Skyline GT-R R34. Sikit betul tu. Ini macam tidak adil.

Kini muncullah McLaren-Honda, kira dari Jepun jugalah kan sebab pakai enjin Honda. Ia mempunyai stereng yang berfungsi begitu juga dengan sayap belakang boleh laras. Bahagian suspense dan enjin V6 turbo Honda turut di’lego’kan dan model ini turut menggunakan tayar perlumbaan sama seperti F1.

Peliknya pada bungkusan dan keterangan produk tidak dinyatakan nama Honda walaupun terdapat decal “Powered by Honda” pada badan kereta. Namun seluruh warga F1 tahu betapa enjin RA16 buatan Honda banyak berjasa dalam menghadiahkan kemenangan kepada pasukan seperti Williams-Honda yang berjaya merangkul enam kemenangan pengeluar berturut-turut dari tahun 1986-87.

Nak beli kit baharu Lego ni? Tunggu sahaja sebulan lagi sebab ia akan mula memasuki pasaran pada 1 Mac akan datang. Oh lagi satu, ia juga disertakan sekali dengan watak Ayrton Senna dengan helmet ikonik beliau yang berwarna hijau kuning.

Google ads
Back to top button