Artikel Pilihan

LEGO IALAH PENGELUAR TAYAR TERBESAR DUNIA – INI FAKTA

Setiap tahun Lego menghasilkan lebih dari 318 juta tayar bersaiz kecil untuk permainan mereka dan jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding pengeluar tayar terkenal seperti Bridgestone dan Goodyear. Linglong kira baru lagi jadi tak masuk dalam senarai. Malah sebenarnya penghasilan tayar Lego adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding pengeluar tayar lain.

Kenapa banyak benar jumlah tayar yang dihasilkan Lego? Kalau korang biasa beli Lego ataupun peminat sejati Lego, korang mesti perasan yang banyak produk Lego merupakan replika kenderaan. Sebenarnya hampir separuh produk Lego mengandungi komponen tayar dan mereka telah mula mengeluarkan tayar-tayar kecil ini sejak 1962!

Tak kiralah sama ada ia kereta lumba, trak ataupun jentera pembinaan Lego, kesemuanya memerlukan tayar-tayar kecil ini sebagai pelengkap.

Pada tahun 2012, produksi tayar oleh Lego telah diiktiraf oleh Guiness World Records sekaligus membolehkan Lego ditabalkan sebagai pengeluar tayar terbesar di dunia!

Walaupun tayar-tayar ini tidak digunakan di jalan raya sebenar, jumlahnya sudah mencukupi untuk membuktikan pengaruh Lego kepada peminat alat permainan kreatif di seluruh dunia.

Malah kalau korang peminat Lego, mesti korang perasan yang tayar-tayar keluaran Lego in dihasilkan dengan cukup teliti dengan menggunakan campuran getah sebenar dan material lain menjadikannya cukup tahan lama. Ia berbeza dari tayar pada alat permainan murahan yang akan hancur berderai bila sampai masanya (biasanya tak lama pun).

Jadi lain kali jika anda membina kenderaan Lego bersama anak-anak, anda kena ingat yang tayar yang dibekalkan adalag dari pengeluar tayar terbesar di dunia.


Google ads
Back to top button