Buletin

ULANG TAHUN KE 50 MODEL SKODA 130 RS. INI BARULAH BETUL MODEL YANG LEJEN

Ketika Škoda Auto meraikan ulang tahunnya yang ke-130 tahun ini, pengeluar kenderaan dari Republik Czech0 itu juga sebenarnya meraikan ulang tahun ke 50 semenjak Škoda 130 RS membuat debut awamnya di litar Most. Dengan rentetan kejayaan antarabangsa di pentas rali dan litar lumba, kereta persaingan legenda ini telah mendapat tempat yang berkekalan dalam sejarah sukan permotoran. Legasinya kekal pada hari ini, dengan lencana RS dipaparkan pada model paling dinamik dalam barisan semasa Škoda.

Selain pameran khas dalam prototaip dan simpanan kereta sukan di Muzium Škoda, pembuat kereta Czech itu turut memperingati ulang tahun tersebut dengan satu video khas meraikan kereta lumba ikoniknya.

Škoda 130 RS ialah salah satu kereta paling ikonik dalam sejarah pembuat kereta yang berpangkalan di Mladá Boleslav. Pada zamannya, ia memenangi banyak gelaran dalam kedua-dua pertandingan membabitkan rali antarabangsa dan perlumbaan litar.

Membina kekuatan pendahulunya, Škoda 180 RS dan 200 RS, Škoda 130 RS dengan cepat menjadi saingan yang menggerunkan kepada pesaing mapan berkat dinamik pemanduannya yang cemerlang. Kemenangannya yang banyak dalam acara berprestij menjadikan ia terkenal sebagai kuasa besar dalam sukan permotoran Czechoslovakia di kala itu.

Untuk menandakan ulang tahun ke-50 kemunculannya, tiga contoh Škoda 130 RS kini dipamerkan dalam prototaip dan simpanan kereta sukan di Muzium Škoda di Mladá Boleslav, di mana ia akan dipamerkan sehingga 27 April.

Škoda 130 RS dikuasakan oleh enjin OHV empat silinder yang disejukkan cecair, dipasang di belakang dengan sesaran 1.3 liter. Dari masa ke masa, outputnya meningkat daripada 113 hp asal kepada 142 hp dalam versi perlumbaan litar. Terima kasih kepada penggunaan panel aloi aluminium dan komponen gentian kaca, kereta lumba itu seberat hanya 720 kg, membolehkannya mencapai kelajuan tertinggi 220 km/j.

Sedikit kisah tentang model ini, hanya sebulan selepas penampilan umum di litar Most pada April 1975, Škoda 130 RS coupé yang baru dibangunkan mula mencapai hasil yang mengagumkan dalam penampilan kompetitif pertamanya. Dalam perlumbaan European Touring Car Championship di Brno, dua kereta Škoda 130 RS menduduki tempat ketiga dan keempat dalam kelas bawah 2000 cm³.

Pencapaian awal ini membuktikan bahawa model ini bukanlah biasa – biasa terus mencipta nama dalam siri perlumbaan di Eropah untuk bersaing dengan jenama besar yang lain apabila berjaya memenangi European Touring Car Championship pada tahun 1981.

BACA : SKODA FELICIA – ULANG TAHUN KE 30 KELAHIRANNYA DAN ALKISAH SKODA BERSAMA VOLKSWAGEN

BACA : SKODA ENYAQ RS RACE CONCEPT – SEBUAH KERETA LUMBA KONSEP ELEKTRIK YANG LEBIH GARANG

Google ads

B K

Back to top button