Buletin

LEGO OPTIMUS PRIME BOLEH BERTUKAR 2-DALAM-1, HARGA RM748

Salah satu impian penulis adalah untuk memiliki sebuah robot Optimus Prime.

Malangnya, disebabkan kekangan wang, impian tersebut tidak pernah direalisasikan sehingga kini.

Untuk mereka yang mahukan satu kelainan, boleh cuba dapatkan sendiri produk Lego Optimus Prime hasil kerjasama antara Lego dan juga Hasbro.

Ia bukanlah sekadar produk Lego cantum sendiri, Lego Optimus Prime ini sebenarnya boleh bertukar menjadi sebuah trak dan juga robot dengan mudah.

Ini kerana Lego 2-dalam-1 ini menampilkan 19 poin artikulasi yang membolehkan pertukaran antara mod robot dan trak dibuat.

Selain itu, Lego turut mendatangkan beberapa komponen tambahan seperti Matrix of Leadership, jetpack, ion blaster serta Energon ax.

Dalam bentuk robot, Optimus Prime mempunyai ketinggian 35 cm, sementara dalam mod trak pula ia mempunyai dimensi sepanjang 27 cm, lebar 12 cm dan tinggi 15 cm, cukup besar untuk diletakkan atas meja kerja.

Harga jualan untuk set Lego Optimus Prime ini bermula dari $169.99 (RM747.62) dan boleh didapati bermula 1 Jun ini.

Google ads
Back to top button