
OPTIMUS PRIME DITAHAN KERANA MEMANDU KERETA CURI DI TEXAS – HIDUP NI KERAS DIK
Kalau anda rasa ini sebahagian daripada plot filem terbaru Transformers, anda mesti akan kecewa. Jangan sedih sangat sebab Optimus Prime masih lagi berada dalam kem Autobots, masih lagi hero. Habis tu kenapa curi kereta? Eh, macam mana Optimus Prime yang besar gedabak tu boleh mencuri kereta?

Optimus Prime yang dimaksudkan ialah seorang lelaki yang bernama Optimus Prime. Ya, itulah nama sebenar lelaki tersebut mengikut IC. Nama penuh beliau ialah Optimus Prime Blakely. Beliau baru sahaja ditahan oleh polis Texas keranan memandu sebuah kereta yang dilaporkan dicuri.
Suspek tidak mempunyai kaitan langsung dengan peperangan antara Autobots dan Decepticons tapi yang pasti Prime versi manusia ni memang tak ada tokoh pemimpin langsung. Ada ke Optimus Prime terlibat dengan jenayah curi kereta.

Mungkin sebab beliau bukan sebuah robot yang boleh bertukar menyebabkan Prime versi manusia ini perlukan sebuah kereta untuk bergerak ke mana-mana. Jalan yang palin mudah curi kereta la apa lagi.
Prime dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tuduhan menggunakan kenderaan bermotor secara tidak sah dan dikenakan ikat jamin USD8,000 untuk dibebaskan sementara menunggu tarikh perbicaraan.
Sedih betul bila tak ada seorang pun ahli Autobots yang tampil untuk membayar ikat jamin bagi membebaskan Prime. Macam ni ke saudara?