Artikel Pilihan

LOTUS BATALKAN RANCANGAN EV SEPENUHNYA 2028 – BARU TAHU TAK REALISTIK KE?

Beberapa tahun lepas (2021), Lotus telah mengesahkan yang model sports mereka, Emira ialah model ICE terakhir mereka. Mereka berhasrat untuk mengeluarkan hanya model EV menjelanh tahun 2028. Kini selepas melihat kepada perkembangan semasa, pengeluar dari British itu kini telah membatalkan rancangan tersebut. Mereka sebaliknya akan gunakan teknologi hibrid untuk model-model akan datang.

Pertukaran rancangan ini berlaku selepas pembeli-pembeli kereta mewa didapati masih teragak-agak untuk memilih EV walaupun dalam pasaran besar seperti China. CEO Lotus menyatakan yang mereka berhasrat untuk membangunkan teknologi “super hibrid” yang mengabungkan pengecas pantas dan enjin ICE berkuasa turbo dengan jarak operasi 1,100 kilometer!

Tambah beliau, Lotus sentiasa peka dan akan memilih teknologi terbaik. Tak kiralah sama ada ia teknologi gasoline, EV, hibrid ataupun range-extender.

Sebelum ini Lotus menolak teknologi hibrid plug-in dengan alasan prestasi kereta mereka akan terjejas bila bateri kehabisan kuasa. Kini tidak lagi kerana mereka akan gunakan bateri 900V yang mampu dicas dengan pantas. Jauh lebih laju dari proses penukaran bateri.

Cuma buat masa sekarang belum dapat dipastikan model mana yang akan dilengkapi teknologi ini. Mungkin Eletre SUV dab mungkin juga Emeya sedan untuk menambah varian pilihan pembeli.

Ia sudah tentu akan menambah berat kenderaan-kenderaan tersebut tapi nak buat macam mana lagi. Sebelum ini pun kenderaan tersebut pun dah lagi berat daripada varian ICE standard.

Beli je model ICE puas hati. Bukan esok pun bekalan minyak akan putus. Hahaha. Jangan marah haa.

Google ads
Back to top button