
MALAYSIA SAPU EMPAT ANUGERAH DI ASIA HARLEY DAYS 2025
Malaysia mencipta sejarah di Asia Harley Days (AHD) 2025 yang berlangsung di Khao Yai, Thailand baru-baru ini selepas berjaya merangkul empat anugerah istimewa.

Menurut Harley-Davidson Malaysia, empat anugerah tersebut terdiri dari Anugerah Outstanding Riding Achievement yang diberikan kepada Dato’ Anand dan K.V.R Sanjevee atas kejayaan menunggang model Fat Boy di Umling La Pass, India.
Seterusnya anugerah Best HD Community Event atas kejayaan penyertaan komuniti Harley-Davidson di Desaru International Bike Week.

Anugerah ketiga menyaksikan David Harrison memenangi anugerah HD Custom Kings Asia setelah Electra Glide Highway King “El Patron” yang telah dikustom dipilih sebagai yang terbaik meskipun menyertai atas tiket wildcard.
Akhir sekali melibatkan anugerah Largest Contingent to AHD, disampaikan kepada HRB Motorcycle Club Malaysia yang mencatat penyertaan tertinggi dalam kalangan Asia Emerging Markets di luar Thailand.







