RASMI: MODA AERO-E MERIAHKAN SEGMEN SKUTER KOMPAK – RM5,189
MODA Aero-E diperkenalkan untuk pasaran Malaysia menerusi satu majlis pelancaran oleh MDUA Motor Sdn Bhd yang berlangsung di Six In The City, Petaling Jaya.

Pelancaran Aero-E menyakiskan tawaran motosikal skuter oleh MODA meningkat kepada empat selepas Sporter S, Shifter 400 X, dan Moca 110.
Atas kertas, Aero-E dipacu enjin satu silinder 118.8cc SOHC dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menjana 9.1hp pada 7,500rpm dan 9.5Nm pada 6,000rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi automatik CVT dengan pacuan akhir tali sawat.

Pakej brek merangkumi brek cakera di hadapan dengan brek dram di belakang manakala suspensi terdiri dari fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.
Antara perincian lain ditawarkan termasuk
- tangki bahan api berkapasiti 5.5L
- meter digital LCD
- slot USB
- berat 110kg
- pencahayaan LED
- rim 14” depan dan belakang

Bagi pasaran tempatan, MODA Aero-E tampil dengan dua warna pilihan; Cobalt Blue dan Carmine Red.
GALERI: MODA AERO-E























