Motosikal

PANTAS BUAT KERJA, GIVI MALAYSIA PERKENAL MONORACK MODENAS Z15 GT

GIVI Malaysia mendapat pujian peminat Modenas Z15 GT selepas berjaya menghasilkan sistem top rack untuk motosikal baharu tersebut dalam tempoh singkat. 

GIVI Malaysia hanya memerlukan tempoh sebulan untuk menghasilkan bukan satu tapi tiga sistem top rack bagi Z15 GT yang merangkumi Monorack, Monorack Fold dan ZR Rack.

Pengumuman terbaru itu hampir pasti menceriakan pengguna Z15 GT yang mahu meningatkan ciri praktikal bagi kegunaan harian mahupun hujung minggu. 

Monorack merupakan sistem yang paling asas dan popular ekoran rekaan yang lebih minimalis manala ZR Rack pula lebih lasak dan sporty. Sementara itu, Monorack Fold pula diilhamkan dari “JB Style” sekaligus sesuai untuk pengguna yang mahukan gaya ekstra namun praktikal. 

Google ads
Back to top button