Motosikal

ARIIC GOBI 250 MASUK MALAYSIA TAHUN 2026 – RM14,388

MForce BIke Holdings Sdn bhd selaku pengedar rasmi jenama motosikal ARIIC di Malaysia bakal memperluaskan tawaran dengan Gobi 250. 

Model baharu itu bakal mengisi segmen 250cc di Malaysia sekaligus bakal bersaing dengan beberapa jenama besar termasuk Yamaha XMax 250 dan Honda NSS250. Motosikal berkenaan telah pun ditayangkan kepada media tempatan ketika lawatan ke kilang ARIIC di Taizhou, China, baru-baru ini.

Namun begitu, Gobi 250 mempunyai daya tarikan tersendiri ekoran menampilkan reka bentuk yang lebih agresif dan lasak ekoran menawarkan ciri sebagai sebuah skuter adventure. 

Atas kertas, Gobi 250 dikuasakan enjin satu silinder 249cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 22.5hp pada 7,500rpm dan 23.5Nm pada 5,250rpm. 

Menariknya, skuter ini hadir dengan pelbagai kelengkapan terkini termasuk ABS, traction control, skrin TFT 7-inci serta fungsi dahscam. Selain itu, penghadang angin juga boleh diselaraskan secara manual. 

Turut ditawarkan adalah rim 14-inci depan dan 13-inci belakang jenis spoke (lidi) masing-masing dipadankan dengan cakera brek dengan brek jenis axial di hadapan. Gobi 250 ini menawarkan ketinggian tempat duduk sekitar 780mm dengan jarak kelegaan tanah 135mm. Tangki bahan api pula berkapasiti 12.5L.

Menurut pihak MForce, Ariic Gobi 250 ini bakal dijual pada tahun 2026 dengan harga jualan hanya RM14,388

GALERI: ARIIC GOBI 250

Google ads
Back to top button