Buletin

MARIO ANDRETTI – MANUSIA TERTUA PANDU JENTERA MODEN F1

Bekas pelumba Formula One, IndyCar, World Sportscar Championship dan NASCAR, Mario Andretti kini secara tidak langsung menjadi manusia tertua yang diberikan peluang mengendalikan jentera moden F1.

Peluang itu muncul selepas satu temubual di mana Andretti memberitahu CEO McLaren Racing Zak Brown salah satu impiannya untuk memandu jentera lumba moden F1.

Tanpa diduga, Zak Brown memberikan keizinan dengan menawarkan peluang kepada Andretti untuk mengujinya sendiri di Austin.

Lima bulan kemudian, sesi pandu uji tersebut tidak berlaku di Austin, akan tetapi mengambil tempat di litar ikonik Laguna Seca.

Pada usia 82 tahun, Andretti merupakan manusia tertua diberikan peluang memandu jentera moden F1 (MP4/28 dari tahun 2013), semenjak kali terakhir beliau memandu jentera F1 pada tahun 1982.

Video penuh boleh disaksikan pada pautan Youtube di bawah:

Google ads
Back to top button