
MAZDA MIATA MX-5 ND DENGAN KIT SUPERCAJ, 250 KUASA KUDA
Syarikat penalaan British BBR memiliki 2 kit supercaj yang baru khas untuk Mazda Miata ND keluaran tahun 2015 dan 2019 bagi enjin 2000cc 4 silinder. Dengan supercaj ini, enjin SkyActiv-G ini berupaya menghasilkan sehingga 250 kuasa kuda berbanding dengan kuasa asal enjin ini 155 kuasa kuda bagi pasaran UK
Supercaj dari jenama Rotrex dengan rekaan yang kompak ini boleh dipasang dengan dengan ruang yang terhad di antara enjin dan juga radiator depan. Berbeza dengan turbo yang dijana oleh gas ekzos, unit supercaj dipacu oleh tali sawat bagi memboleh respon enjin yang segera.
Stage 1 membolehkan Miata menjana sehingga 225 kuasa kuda dan 271Nm tork dengan tujahan kuasa enjin membenarkan pecutan pantas 0-96km/jam dibuat dalam masa 5.3 saat. Ia adalah 2 saat lebih laju berbanding dengan Miata yang standard.
Kit Supercaj Rotrex ini mengandungi semua perkakasan yang diperlukan seperti intercooler dan juga penyejuk minyak enjin. Unit perisian ECU telah ditala bagi memaksimakan penggunaan supercaj bagi menghasilkan kuasa yang maksima
BBR mengenakan caj sekitar RM 18,454 untuk perkakasan supercaj sahaja atau RM 23, 857 untuk pakej bersama-sama naiktaraf ECU. Bagi Stage 2 supercaj, harga yang dikenakan adalah lebih tinggi kerana ia merangkumi perkakasan lain seperti ekzos manifold 4-1 dengan diameter 2.5 inci dan juga catyltyc converter sport.
Pakej ini juga dibekalkan dengan rear silencer dan ekzos tip baru bagi menghasilkan sekitar 245 kuasa kuda da 293Nm tork. Jika anda ada lebih banyak duit untuk dibelanjakan, anda boleh menaiktaraf sistem intercooler Forge Motorsport dengan teras yang lebih besar bagi menyejukkan udara termampat.
Ini memberikan kuasa sehingga 250 kuasa kuda dan memberikan Miata kelebihan bagi pecutan 0-96km/jam dalam masa 5.1 saat. Namun anda perlu membayar RM 28,641 bagi kit Stage 2 atau RM 31,787 termasuk talaan ECU
Bagi Mazda Miata MX-5 yang dipasang dengan enjin 181 kuasa kuda, BBR mengatakan mereka sedang mengusahakan sistem supercaj khas bagi enjin ini. Bayangkan kalau Miata dalam video di bawah ini ada supercaj, berkicap gak kereta depan ni.