Buletin

523 KUASA KUDA DAN INILAH COUPE PALING CANTIK. SELAMAT DATANG BMW 8 SIRIES

Kami di mekanika bukanlah penggemar BMW. Keretanya dari 1 siries sampai 20 siries pun rupanya sama sahaja. Masuk ke dalam kabin lagi lah, tengok dia punya dashboard, serius, bosan. Macam dilukis dengan pembaris.

Tapi nanti dulu. Ini pengecualian pertama yang kami terpaksa beri. BMW 8 series ini telah didedahkan semalam di Le Mans dan ia menggantikan siri coupe 6 siries.

BACA: VOLVO XC40 TEWASKAN BMW

Pada malam sebelum salah satu perlumbaan yang paling ikonik di dunia, BMW mendedahkan coupe keluaran 2019 yang baru menerusi M850i ​​xDrive dengan enjin V8 twin-turbo yang diperbaharui.

Model ini dibina berdasarkan kepada kerangka 7 Series sedan. Siri 8 akan menggantikan Siri 6, tetapi dikelaskan ke tahap lebih mewah dan prestasi yang lebih tinggi dari model sedan. Ia lebih memberi tumpuan warisan dari model seperti i8 dan Z8.

Selepas senyap hampir 20 tahun, BMW 8 Series akhirnya kembali.

Reka bentuk ini bersesuaian dengan Konsep Siri 8 yang pertama kali ditunjukkan pada Mei lalu. Kami yang bukan peminat BMW pun fikir ia benar-benar kelihatan cantik dan sporty. Terima kasih kepada reka bentuk lampu depan baru.

Rekabentuknya adalah asas binaan ringan daripada bahan gentian serat karbon, magnesium aluminium, dan keluli yang juga menawarkan ketegaran casis yang lebih baik.

Ciri lain yang menjadikannya pengendalian lebih jitu berbanding pendahulunya Siri 6 ialah gandar di hadapan tulang belakang yang dibina lebih rigid. Sistem pemanduannya juga dilengkapi dengan stereng elektromekanikal yang boleh dilaras.

Enjin TwinPower Turbo V8 yang diperbaharui (ya, enjin twin-turbo) kini menghasilkan 523 kuasa kuda antara 5,500 dan 6,000 rpm dan 553 paun tork dari 1,800- 4,600 rpm. Ia disalurkan melalui kotak transmisi automatik Steptronic lapan kelajuan terkini dan sistem pacuan semua roda xDrive.

GALERI

Google ads
Back to top button