MAZDA MX-5 MIATA HANGUS TAPI MASIH BOLEH BERFUNGSI
Seorang peminat Mazda MX-5 Miata memberi ‘nyawa’ kepada jentera terbabit yang terlibat dalam kebakaran.
Jentera berkenaan mengalami kebakaran yang teruk tetapi ia berjaya ‘dihidupkan semula’ oleh Jacob Snell.
Dia yang berkongsi dalam kumpulan Mazda Miata Club di laman Facebook memaklumkan jentera terbabit merupakan ‘mangsa’ kebakaran rumah.
Snell berjaya menyelamatkan kenderaan yang terbakar teruk pada bahagian badan sebelum ia dilupuskan.
Pada bahagian hud pula terdapat beberapa lubang berikutan kesan panas kebakaran.
Bahkan, sebahagian besar ruang dalaman kelihatan cair seolah-olah ia baru sahaja keluar dari ketuhar.
Dia yang menggunakan tanda pagar #crispyspeed untuk mengemas kini perkembangan Mazda diselamatkan tersebut kepada pengikut-pengikutnya.
“Apa yang saya lakukan untuk memastikan ia dapat bergerak semula adalah menggantikan pendawaian cair pada kenderaan,” katanya.
Dia turut membuktikan Mazda berkenaan masih berfungsi dengan memandu kenderaan hangus tersebut malah menghiasi dengan perhiasan Krismas. –carbuzz