Buletin

HUMMER TERBAKAR ANGKUT 4 TONG PETROL

Sebuah jentera Hummer terbakar ketika mengangkut empat tong yang diisi petrol di Texaco Food Mart berdekatan West Grover Cleveland Boulevard, Amerika Syarikat (AS).

Dalam kejadian kira-kira jam 10.52 pagi itu, jentera berkenaan mengalami kerosakan teruk manakala seorang mangsa cedera.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Citrus, Florida, pihaknya berjaya memadam kebakaran dalam tempoh kurang 20 minit. Begitupun, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Melalui rakaman gambar, bahagian dalaman jentera berkenaan mengandungi beberapa tong petrol dan kelihatan cair akibat haba daripada kebakaran.

Beberapa laporan kebakaran berlaku berikutan orang ramai menyimpan petrol dan menggunakan simpanan tidak selamat malah ada yang menggunakan beg plastik untuk tujuan berkenaan.

Mereka cenderung melakukan perkara itu kerana kekurangan bahan api.

Kekurangan tersebut berlaku berikutan serangan siber pada salah satu saluran paip terbesar di AS. -carscoops

Google ads
Back to top button