Buletin

HUMMER H2 TERBAKAR 90%, 2 INDIVIDU TERSELAMAT

Dua individu hampir maut apabila sebuah pacuan empat roda mewah, Hummer H2 yang mereka naiki mengeluarkan asap di bahagian bawah sebelum terbakar di Plaza Tol Seafield menghala Subang Jaya, Lebuhraya Utara Selatan, petang semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri apabila keluar daripada kenderaan berkenaan sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.12 petang sebelum anggotanya daripada Balai Bomba dan Penyelamat Subang tiba kira-kira 19 minit kemudian.

SUV berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 30-an bersama seorang penumpang wanita.

“Kedua-dua mangsa bertindak keluar daripada kenderaan terbabit untuk menyelamatkan diri sebaik menyedari kepulan asap dari bawah kenderaan itu.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dengan anggaran kemusnahan kebakaran kira-kira 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan. –UTUSAN ONLINE

Google ads
Back to top button