Buletin

KEPULAN ASAP TEBAL DIRAKAM SATELIT. TAPAK PELUPUSAN TAYAR TERBESAR DI DUNIA TERBAKAR

Sebuah tapak pelupusan tayar terbesar di dunia dilaporkan terbakar dengan kepulan asap hitam dapat dilihat menerusi rakaman satelit.

Menurut laporan Kuna, dianggarkan kira-kira satu juta biji tayar yang terbakar di pusat pembuangan tayar gergasi seluas 2.4 hektar itu.

Empat syarikat bertanggungjawab mengendalikan tapak berkenaan dan dipercayai menjana pendapatan lumayan hasil daripada bayaran pelupusan.

Bagaimanapun. banyak pihak mempersoalkan tindakan menyimpan bahan mudah terbakar seperti tayar di Kuwait yang mencatatkan suhu panas ekstrem sekitar 50 darjah Celsius.

Susulan kritikan itu, kerajaan Kuwait telah mula menangani lambakan tayar sebanyak 30 tan itu dengan hampir 52 juta tayar lama daripadanya dibuang di pelbagai lokasi di negara terbabit.

Selain itu, pemerintah  juga bercadang membuang 95 peratus tayar lama di negara itu untuk dikitar semula sekali gus mengosongkan tapak-tapak pembuangan tayar  bagi membangunkan  kawasan perumahan. – TheSun/TheGulfNews

Google ads
Back to top button