
MAZDA MX-5 MIATA PASARAN US TERIMA KEMASKINI BARU
Setelah memasuki 9 tahun di pasaran dan dikeluarkan, Mazda terus menghasilkan model MX-5 Miata dalam kemaskini terbaru untuk tahun 2024. Semua model soft top dan hard top akan menerima naiktaraf pada bahagian luar, kosmetik, teknologi dan mekanikal
Bagi aspek mekanikal, MX-5 2024 diberikan komponen steering rack baru yang direka dengan komponen serta pekali geseran yang lebih rendah. Mazda menegaskan ia menghasilkan pergerakan stering lebih lancar, lebih tenang di laluan lurus dan lebih memberikan tindakbalas ketika mengambil selekoh laju
Bagi pasaran Amerika, ia ditawarkan dengan varian Sport, Club, Grand Touring, Club RF dan Grand Touring RF. Harga bagi tahun 2024 bermula pada RM 142,503 dan varian termahal pula ialah RM 180,000

Bagi varian Club dan Grand Touring, sistem LSD ditawarkan dengan tetapan berbeza bagi memberikan cengkaman lebih baik ketika membrek dan memecut. Ketika membrek, LSD akan memberikan kestabilan untuk memasuki selekoh manakala ketika memecut keluar ciri lockup dikurangkan untuk mengelakkan understeer.
Varian Club turut mendapat mode pemanduan Track atau litar yang akan mengurangkan kebergantungan pada sistem ESC, memberikan lebih kawalan kepada pemandu di selekoh. Dari segi luaran semua varian menggunakan LED pada lampu depan dan belakang serta rekaan rim yang baru
Warna baru turut diperkenalkan iaitu Aero Gray dengan tambahan kos RM 2127. Sistem multimedia pula boleh diintegrasikan dengan sistem Amazon Alexa. Varian Club Soft Top dan RF boleh dinaiktaraf dengan gabungan rim BBS 17 inci, brek Brembo dan kusyen perlumbaan Recaro dengan kos tambahan RM 23,000.
