Buletin

PEMANDU MALAYSIA HABISKAN MASA 81 JAM AKIBAT JALAN SESAK SEPANJANG 2023

Menurut data terbaru yang dikeluarkan oleh Tom Tom, Kuala Lumpur berada di kedudukan keempat di Asia Tenggara dan ke-169 dunia dalam Indeks Trafik Terkini 2023.

Dengan rekod sebanyak 16 minit dan 50 saat setiap 10 kilometer, pemandu menghabiskan masa 81 jam sepanjang tahun kerana kesesakan lalu lintas pada waktu sibuk.

Malaysia turut berkongsi kedudukan yang sama dengan Singapura dalam kadar kesesakan lalu lintas.

Kedudukan pertama bagi kesesakan lalu lintas paling buruk di Asia Tenggara adalah Manila, Filipina, dengan kebanyakan rakyat mereka perlu membuang masa hampir 30 minit bagi setiap 10 kilometer.

Manakala di kedudukan ke-2 pula sudah tentu negara serumpun kita iaitu kota besar Jakarta, Indonesia yang mencatat sekurang-kurangnya 23 minit dan 20 saat setiap 10 kilometer,

Bangkok pula melengkapkan senarai lima lima teratas negara Asia Tenggara yang mempunyai masalah kesesakan lalu lintas dengan berada dikedudukan ke-3 dengan rekod 21 minit dan 40 saat. – Vocket

Google ads
Back to top button