Buletin

MCGREGOR DEDAH SUPERCAR LAUT LAMBORGHINI TECNOMAR 63 BERNILAI RM15 JUTA

Bintang UFC, Conor McGregor mendedahkan jentera terbaharu Lamborghini Technomar 63 bernilai £2.6 juta (RM15 juta).

Lelaki berusia 33 tahun itu berkongsi foto kapal layar mewah berkenaan yang dibawa daripada tapak pembinaan di Itali.

McGregor membeli kapal layar itu pada Oktober lalu dan meluahkan rasa bangga kerana memiliki satu daripada 63 bot edisi khas yang dibina.

“Kapal layar Lamborghini saya sudah siap,” demikian keterangan yang ditulis bersama gambar bot tersebut di laman Instagram.

Tecnomar 63 direka dan dibina oleh syarikat Italian Sea Group bersama Tecnomar for Lamborghini.

Kapal seberat 24 tan dengan panjang 19 meter itu mendapat khidmat enjin 24.2 liter V-12 yang boleh mencapai kelajuan mencecah 111 km/j.

Reka bentuk luarannya diinspirasikan daripada model Lamborghini Miura dan Countach daripada tahun 1960-an dan 1970-an.

Antara ciri istimewa kapal layar itu adalah bilik tidur peribadi di bahagian bawahnya yang menyediakan ruangan bersantai  selesa ketika berlayar di lautan.

Menurut Forbes, McGregor memiliki nilai kekayaan AS$48 juta (RM203 juta) pada tahun 2020. – daily mail

Google ads
Back to top button