Buletin

BMW 8 SERIES HERITAGE EDITION MASUK AUSTRALIA. TERHAD 9 UNIT, HARGA BERMULA RM588K

Model BMW 8 Series terhad dikenali sebagai Heritage Edition mula memasuki pasaran Australia.

Jentera terbaharu berasaskan BMW 840i itu didatangkan tiga varian Coupe, Gran Coupe dan Convertible terhad kepada 9 unit sahaja.

Gran Coupe Heritage Edition dijual pada harga bermula AS$139,000 (RM587,760), Coupe memiliki tag harga AS$141,000 (RM596,220) manakala varian paling mahal Covertible dengan nilai AS$152,000 (RM642,730).

Setiap model memiliki warna luaran dan kombinasi kemasan dalaman unik menyerlahkan lagi status edisi terhad jentera berkenaan.

Pilihan kemasan luaran dan dalaman merupakan warna biru (BMW Individual Frozen Marina Bay Blue) dipadankan kemasan dalaman kulit warna hitam Merino.

Dua lagi pilihan merupakan warna hitam (BMW Individual Black) dipadankan kemasan dalaman kulit warna putih (Ivory White Merino) dan perak (BMW Individual Frozen Dark Silver) digandingkan kemasan kulit Tartufo/Black Merino.

Pada bahagian konsol tengah, terdapat lencana unik Edition Heritage – 1/9, tempat duduk dengan sistem pemansan dan aktif pengudaraan.

Jentera terhad itu hadir dengan sistem bunyi surround Harmon Kardon 464-watt, rim aloi ringan Jet Black 20 inci, kaliper brek M Sport berwarna merah dan trim Shadow Line.

Heritage Edition mendapat khidmat enjin 3.0 liter turbocharge yang mampu menjana kuasa 335 hp dan tork 500Nm dipadankan transmisi lapan kelajuan Steptronic Sport. –carscoops

Google ads
Back to top button