LAMBORGHINI LM002 – AYAHANDA LAMBORGHINI URUS YANG TIDAK DIKETAHUI
Apabila menyebut tentang Lamborghini, kita pasti terbayangkan Super Car dengan rekaan yang menyembah bumi hatta kuman lalu bawah pun tak celuih (tak muat). Tetapi apabila Lamborghini mengeluarkan model SUV Urus, ramai juga yang jatuh hati dan tertawan dengan SUV dari pembuat Super Car ini.
Pasti ramai yang menyangka Urus tersebut merupakan SUV pertama pembuat dari Itali itu. Tapi tahukah anda bahawasanya telah wujud di era 80an lagi sebuah model SUV / Pikap Trak keluaran Lamborghini? Benar, dan ianya adalah Lamborghini LM002. Sebuah Pikap Trak yang kelihatan sangat lasak dan buas gayanya, berbeza sungguh dengan model keluaran Super Car Lamborghini di era tersebut.
Melihatkan rekaan luaran Lamborghini LM002 ini, ingatan kita pasti pantas untuk mengaitkan ianya ada iras sebuah lagi model lasak buatan Amerika Syarikat yang satu itu. Sebenarnya Lamborghini terlebih dahulu telah pun membina sebuah prototaip – Cheetah pada tahun 1977 namun ianya terhenti.
Dan pada tahun 1986 bermulalah produksi massa Lamborghini LM002 ini sehinggalah tamat hayatnya pada thaun 1993. Rekaan LM002 ini sememangnya tampak sedikit radikal pada era 80an ketika itu. Nampak macam sesuai sangat untuk digunakan di medan perang.
Bahagian dalaman model off-road ini baragkali sedikit kontra npenampilan luaran yang nampak ganas dan buas serta lasak. Ingatkan tempat duduk jenis checkered plate serupa lantai bas mini rupanya salah. Rupanya tempat duduk dan panel pintu telah dibalut dengan kulit upholsteri yang mewah. Malah, pendingin hawa turut ditawarkan sebagai pilihan kepada pemilik.
Menggunakan enjin 5.2 liter V12, memang padanlah untuk menggerakkan badan kenderaan yang berat ini yang turut dipadankan dengan kotak gear manual. Enjin tersebut berupaya menghasilkan kuasa 455 HP dab tork 368 Nm. Masih berupaya untuk mencatat masa 7.8 saat dari 0 – 100 km/j tanpa ada masalah.
Tahukah anda bahawa Lamborghini juga telah menggunakan tayar Pirelli yang dibina khas untuk memberikan lebih cengkaman dalam apa jua permukaan terhadap model ini.
Dan tahukah juga bahawa terdapat sebuah unit LM002 yang dibina khas oleh Salvatore Diomante dengan menjadikannya sebagai sebuah model Wagon (ruang dek belakang ditutup) yang mana ianya adalah untuk kegunaan Sultan Brunei. Dan tahukah juga bahawa Lamborghini LM002 ini juga turut pernah membintangi filem francais Fast & Furious pada tahun 2009.
Kredit : www.automobilemag.com
BACA : LAMBORGHINI URUS – SUPER SUV 1-100 KM.J DALAM MASA 3-6 SAAT