Buletin

MERCEDES-AMG A 35, CLA 35 EDITION 55, UNTUK PASARAN EROPAH SAHAJA

Mercedes-AMG memperluaskan penawaran model edisi khas Edition 55 dengan memperkenalkan dua model baharu, iaitu Mercedes-AMG A 35 Edition 55 dan Mercedes-AMG CLA 35 Edition 55.

Dua buah model AMG aras mula itu didatangkan standard dengan pakej AMG Aerodynamics, AMG Night Package I, AMG Night Package II, diikuti dengan jalur grafik pada bahagian sisi, serta rim bersaiz 19 inci dengan kemasan Titanium Grey.

Selain itu, Mercedes-AMG turut membawakan tingkap tinted gelap, tip ekzos krom hitam, serta penutup tangki berjenama AMG.

Kemasan ruang kabin pula didatangkan dengan upholsteri kulit dua tona (merah dan hitam), roda stereng balutan Dinamica, diikuti dengan kemasan logo 55 AMG pada posisi pukul 6, alas lantai Edition 55, dan tread plate berlogo AMG yang bercahaya.

Kedua-dua model A 35 dan CLA 35 dilengkapi dengan enjin 2.0 liter empat silinder sebaris M260 berkuasa turbo, menjana 306 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas serta padanan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Kedua-dua model ini hanya ditawarkan di pasaran Eropah sahaja buat masa ini.

Google ads
Back to top button