
MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR DUA MODEL BAHARU – EQS 53 4MATIC+ DAN EQE 53 4MATIC+, HARGA BERMULA RM649K
Mercedes-Benz Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan dua model baharu daripada Mercedes-AMG iaitu EQS 53 4MATIC+ dan EQE 53 4MATIC+.
Kedua-dua model ini didatangkan dengan beberapa elemen khusus AMG termasuk sistem pemacu, suspensi, brek serta sistem bunyi.
Bagi model AMG EQE 53 4 Matic+, ia tampil dengan reka bentuk elegan EQE, tetapi kilang asal telah mengimport kit aero sukan AMG yang lebih sporty, termasuk skirt sisi, spoiler, spoiler belakang selain dipadankan bampar untuk kelihatan lebih sporty.

Ia diserlahkan lagi menerusi rim Aero Wheels terbaharu AMG dan ia dilengkapi dengan angkup brek enam piston seramik hadapan berprestasi tinggi AMG.
Menjengah dalam kabin, ia dimuatkan instrument LCD penuh serta skrin sentuh gaya iPad termasuk dilengkapi tiga skrin Hiperskrin MBUX. Perincian lain termasuklah mempunyai stereng AMG terkini, tombol Drive Select, tempat duduk kulit sukan AMG, dan Alcantara + Carbon Panel bagi kemasan dalaman untuk menyepadukan sepenuhnya nuansa sporty serta teknologi.
Beralih kepada kuasa, model ini dikuasakan oleh dwi motor yang terletak di hadapan dan belakang, berupaya menghasilkan 617hp, tork 950Nm.

Daya pecutan pula 0-100 km/j dalam tempoh 3.5 saat, manakala kelajuan tertinggi dihadkan 220 km/j . Jika ia tidak mencukupi, anda boleh memilih pakej AMG DYNAMIC PLUS, menghamburkan kuasa 677hp, prestasi tork 1,001 Nm.
Ia membolehkan pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya mengambil masa 3.3 saat, sementara kelajuan tertinggi boleh mencapai 240 km/j.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pek bateri 90.6 kWj serta menawarkan jarak gerak sehingga 527km.
Pada masa yang sama, kilang asal menambahkan teknologi bantuan kawalan AMG Ride Control+, di mana ia membawa prestasi kawalan lebih baik.

Seterusnya ialah model EQS 53 4 Matic+, dari segi penampilan luaran, tiada banyak perubahan tetapi ia mempunyai teknologi aerodinamik tertentu untuk memberikan lebih daya ke bawah sekali gus membolehkan kereta bergerak dengan stabil.
Bahagian dalam, ia serupa dengan EQE 53, bernuansa sporty dan dipadankan bersama teknologi terkini. Boleh dilihat, model ini mempunyai instrumen LCD penuh yang terdiri daripada tiga skrin MBUX Hyperscreen, skrin sentuh kawalan pusat, skrin infotainment sementara upholsteri pula menerima kemasan Alcantara + Carbon Fiber.
Dari segi kuasa, output gabungan motor dwi hadapan dan belakangnya menghasilkan 658hp, tork 950Nm manakala pecutan dari 0-100 km/j hanya mengambil masa 3.8 saat.
Untuk rekod, Kelajuan dihadkan secara elektronik kepada 220 km/j. Selain itu, pakej AMG DYNAMIC PLUS boleh dipilih untuk memberikan prestasi 751hp dan tork puncak 1,020Nm.
Ia hanya mengambil masa 3.4 saat untuk melengkapkan 0-100 km/j dan had laju ialah 250 km/j. Menurut ujian standard WLTP, pek bateri 108.4 kWj boleh bertahan sehingga 571km.
Menerusi pengecasan 200kW, ia akan menelan masa 19 minit sahaja bagi setiap pengecasan untuk jarak gerak sejauh 300km.
Untuk harga, Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+ boleh dimiliki pada harga RM649,888, sementara Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ pula diberi tanda harga RM798,888.
GALERI:


















































- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA TANDATANGANI MOU DENGAN MONTFORT BOYS TOWN UNTUK PROGRAM ADVANCED MODERN APPRENTICESHIP
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA UMUM HARGA EQS 450+, EQB DAN EQC. BERMULA RM330K
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR SEDAN C-CLASS VERSI CKD, DARI RM288K
- BACA: MERCEDES-BENZ GLC 300 e 4MATIC KINI DI MALAYSIA. 320PS/700NM, RM374K. TEMPAHAN SELEPAS 1 JULAI, HARGA JADI RM399K!