Buletin

MERCEDES AMG A45 DENGAN KIT 600PS! – GILA!!!

Kemampuan teknologi Mercedes menerusi divisyen AMG yang dibangunkan pada enjin 2.0 liter empat selinder mereka diakui dunia memang sungguh menakjubkan.

Sebuah enjin 2.0 liter turbocaj dengan 415hp dan 500NM tork pada model A45 S membuktikan Jerman memang sukar ditandingi oleh sesiapa sahaja. Kereta kecil ini mampu memecut 0-100 dalam masa 3.9 saat dan kelajuan maksimumnya selepas meninggalkan kilang ialah 270km/j.

Angka yang menakutkan.

Tapi, bagi pengeluar peralatan aftermarket pula, angka yang dikeluarkan oleh kilang, hanya sekadar angka. Enjin tersebut masih ada potensi dibangunkan dan terbaru, tuner dari Jerman, Renntech sudah menghasilkan kit peningkatan kuasa dengan dua pilihan.

550ps dan 600ps! (542 – 592 kuasa kuda)

Syarikat yang berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat itu memang terkenal sebagai penala AMG yang disegani. Diasaskan oleh Hartmut Feyhl pada 1989, beliau merupakan bekas pengarah teknikal AMG di Amerika Utara selama 12 tahun sebelum meninggalkan AMG dan membuka firma Renntech – khusus menala enjin AMG.

Apa yang dilakukan oleh Renntech ialah pengubahsuaian perisian komputer asal, pengecas turbo yang ditingkatkan dan sistem ekzos serba baharu.

Pilihan produk tambahan lain ialah downpipe ekzos baru serta ekzos khusus yang dibina dan ditala dengan mengekalkan komponen catalytic converter tetapi dalam masa yang sama menghasilkan deruman ekzos lebih bagus.

Jika kit 600ps anda rasa terlalu tinggi dan tamak sangat, Renntech juga hasilkan kit perisian 475ps atau anda mungkin nak pesan injap ekzos yang boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh yang boleh dipasangkan pada ekzos asal AMG.

Mazda CX30

Turut dihasilkan ialah spring suspensi dengan kedudukan lebih rendah atau rim 19 dan 20 inci.

Tags
Google ads
Back to top button