BuletinMotosikal

PERTAMA DI ASIA, HONDA CBR1000RR-R DILANCARKAN DI MALAYSIA! RM198,800!!!

Honda CBR Fireblade, motosikal ikonik Honda yang merupakan flagship supersport yang merupakan generasi ke tujuh keluarga CBR 1 liter. DI seluruh dunia, jentera ini dikenali kerana kuasa dan pengendaliannya yang mudah.

Namun sejajar dengan perkembangan semasa, CBR1000RR telah berkembang daripada motosikal “jalanan” menjadi supersport elit yang dibangunkan khas untuk mereka yang mementingkan kelajuan. Model 2020 ini membuktikan keupayaan divisyen perlumbaan Honda menghasilkan jentera MotoGP paling hampir boleh dibeli di pasaran.

Dikenali dengan CBR1000RR-R 2020 (Ya triple R), jentera ini dibina berasaskan jentera MotoGP yang ditunggang Marq Marquez – RC213V-S.

Ia dipadankan dengan enjin empat selinder sebaris 1,000cc yang mampu menghasilkan 213 kuasa kuda dan 112.7 Nm tork pada 12,500rpm dan transmisi enam kelajuan manual.

Turut diserapkan ialah teknologi suspensi hadapan Ohlins NPX 43 mm di hadapan dan Ohlins TTX36 Smart-EC dan dikawal oleh sistem semi aktif Ohlins Electronic Control generasi kedua (S-EC). 

Bagi sistem brek, CBR1000RR-R ini dipadankan dengan brek Brembo Stylema empat piston dengan cakera 330 mm yang kini 10 mm lebih besar dan 5 mm lebih tebal berbanding model terdahulu.

Brek belakang pula menggunakan unit Brembo yang sama digunakan pada jentera perlumbaan RCV213V-S. 

Bagi memudahkan pengendalian, mod tunggangan didatangkan dalam dua pilihan, iaitu SPORT untuk tunggangan berprestasi di jalan raya, dan TRACK untuk tunggangan di litar berkelajuan tinggi. 

Jadi berapakah harga jualannya?

Boon Siew Honda merupakan pengedar pertama negara Asia yang memperkenalkan model ini ke pasaran Malaysia. Dengan teknologi yang ada padanya, harga yang perlu anda bayar untuk memiliki roket jalanan ini ialah RM198,888.00 atas jalan tanpa insurans.

Tidak murah, tetapi kalau dibandingkan dengan replika perlumbaan Ducati.

Ya. masih munasabah.

GALERI

Google ads
Back to top button