#IKLANPILIHAN: KAWASAKI ER6NF, HARGA YSUKU JE NI…
Selalu orang tanya Abang Japar kalau nak start main “motor besar” jenama apa yang bagus?
Sebenarnya setiap jenama pun ada kelebihan dan kekurangannya. Tapi kalau pilihan pertama yang nak buat belajar kawal motosikal berkuasa tinggi ni eloklah bermula dengan motor Jepun dan beli TERPAKAI dulu, jangan beli baru.
Cuba serasi kan dulu dengan motor-motor dua selinder dalam lingkungan 600cc. Tak kira apa pun genre samada adventure, sports, naked, motosikal dengan enjin dua selinder begini biasanya akan tingkatkan kemahiran kita mengawal motosikal, bukan sahaja pasal power, tapi handling dan juga berat motor tu sendiri.
Di Malaysia, Kawasaki ni memang dari dulu dijual dan ada distributor yang mantap – Kawasaki Motor Malaysia dan kalau tengok motor berkuasa tinggi dari masa dijual baru pun tak mahal sangat, agak munasabah.
Jadi, harga motor terpakainya juga boleh dengar sangat sekarang. Kalau nak bermula, boleh cuba dengan ER6-N dan yang ni kami jumpa satu iklan yang menarik. Sebuah model ER6F keluaran 2010 paca harga cuma RM9.5K sahaja.
Motor ni masa baru, harga sekitar RM30K, sekarang boleh beli pada harga Y15ZR dan anda boleh nilaikan mana yang lebih berbaloi.
“Tapi Bang Japar, maintenance dia macamana? sparepart dia macamana?”
Sparepart Kawasaki memang Abang boleh jamin, paling senang di kalangan motosikal jenama Jepun lain di Malaysia. Tapi janganlah kau ingat walk-in kat mana-mana kedai motor terus ada.
Tapi kalau nak cari barang-barang asas, katakan nak buat overhaul, valve clearance, nak cari barang-barang kecik macam gasket, bearing, Kawasaki lagi senang – puncanya motosikal ni banyak atas jalan dan banyak pilihan parts yang ada.
“Orang kata parts Honda lagi senang?”
Ya. dan tidak, tengok parts apa dan motor apa. Kalau kau pakai CB400, kat Singapore nak cari parts dia memang macam cari parts EX5 kat sini, tapi kat sini ER6 lagi sedang nak membela banding CB400.
“Maintenance macamana? spoket, rantai, tayar kan lagi mahal dari Ysuku?”
Yup. betul. sproket, tayar motor-motor besar kalau kau beli motor China pun tetap mahal – kalau kau bandingkan dengan maintenance motor kapcai. Tak boleh banding bab ni, tapi tidaklah mahal Yahudi pun.
Sproket masih boleh dapat harga RM200-RM300 satu set, tayar pun dah banyak pilihan bukan macam dulu.
Tapi kalau benda-benda asas ni pun kau kata mahal, maksudnya satu lah. Kau belum mampu nak pakai motor besar macam ni. Kalu tak mampu, jangan nak gatal-gatal cuba sebab roadtax insurans dia pun tidak murah.
…………………………………….
Kawasaki ER6F 2010
Tiptop condition
Done full service
RM9.5k
Wssp/call 01127737617
GALERI