Buletin

MILIKI KENDERAAN IDAMAN NISSAN SEMPENA PROMOSI RAYA DATANG AWAL

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan Promosi Raya Datang Awal sempena sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Promosi berkenaan memberi peluang kepada para pelanggan memiliki kenderaan idaman mereka sebelum berakhir pengecualian cukai jualan (SST) pada 30 Jun 2022.

Selain itu, ETCM juga menawarkan pakej aksesori secara percuma bernilai RM10,150 untuk model-model terpilih.

Sepanjang bulan April dan Mei, ETCM turut mengadakan peraduan menawarkan e-baucar Lazada bernilai RM50,000,.

Para pembeli bertuah yang mendaftarkan kenderaan baharu Nissan berpeluang membawa pulang baucar Lazada bernilai RM5,000 setiap satu.

Untuk pelanggan yang memandu uji sedan Almera Turbo berpeluang menerima baucar Watsons bernilai RM30 sebagai menghargai minat mereka terhadap sedan tersebut.

Setiap pembelian kenderaan baharu Nissan dilindungi jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, sementara model Navara pula didatangkan dengan jaminan lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km yang mana tiba dahulu.

Menerusi Tan Chong Express Auto Servis (TCEAS), Nissan memberikan jaminan khidmat selepas jualan yang terbaik kepada para pemilik Nissan dengan jaringan yang meluas, serta kemudahan untuk menempah slot temujanji menerusi aplikasi DriveOn yang boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

Para pelanggan yang tidak berpeluang mengunjungi bilik pameran Nissan, boleh melayari https://nissan.com.my/onlineshowroom/

Google ads
Back to top button